12 June, 2010

Mukaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Mukaddimah Syuhada 'Ala Nas~ Penyaksian ke atas manusia.
Syuhada ala nas membawa maksud yang amat berat langsung tak mampu dipikul oleh seorang khalifah. Oleh itu, kami terdiri daripada kelompok yang ramai dan pastinya akan terus bertambah...InsyaAllah:)

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai 'umat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu."
(Al Baqarah:143)

Apabila seseorang menjadi saksi atas sesuatu yang benar samada saksi dengan melihat atau mendengar, adalah wajib bertindak sebagai saksi agar tiada kebenaran disembunyikan dan kebatilan, kesalahfahaman tidak mengharu-birukan keadaan.

Bertindak sebagai saksi boleh jadi dengan bermacam cara. Andai kata sorang ni menyaksikan satu kes bunuh, atau kemalangan langgar lari, kenalah bertindak dengan pergi ke balai,mengaku telah menyaksikan kejadian tersebut, menghurai situasi kejadian agar tidak berlaku salah faham dan penganiayaan terhadap orang yang tidak bersalah. Dengan cara ini sajalah keadilan dapat ditegakkan dan keputusan berada di pihak yang benar. Yang teraniaya dibela, yang menzalimi dihukum.

Sekarang, kami telah menyaksikan satu kebenaran yang diakui oleh alam seluruhnya, iaitu :


"Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."


Dan kami tidak mahu menjadi zalim dengan hanya mendiamkan diri, komited dengan penyaksian di atas, memenuhi tuntutan ibadat perkara di atas, namun menjadi zalim ke atas manusia yang berhak menerima penyaksian ini.


"Katakanlah, "kamukah yang lebih tahu atau Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya? Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
(Al Baqarah:140)

Sebagai individu yang telah menerima dan memahami penyaksian ini, adalah menjadi amanah bagi mereka untuk menyampaikan kebenaran. Berita - berita baik daripada Allah seharusnya disampaikan kepada golongan yang mungkin belum menerimanya lagi, atau golongan yang masih memerlukan kefahaman terhadap penyaksian yang mereka telah buat tanpa mereka tahu tanggungjawab atas penyaksian yang telah mereka lakukan.

Hanya padaNya kami berserah. Tiap usaha atas jalanNya, hanya untukNya. Allahuakbar.

1 comment:

Mbak Supir said...

mabruk akhawat fillah!

teruskan mujahadahnya =)