14 August, 2010

sedikit nukilan buat akhawat

salamun'alaik semua,
kira-kira sudah masuk 4 hari kita berpuasa untuk ramadhan kali ini kan?
jadi tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa untuk semua muslim-muslim diluar sana.
kita mungkin bercampur baur perasaan hingga kini,ada yang melalui hari-hari ramadhan dengan 'excited'nye yang mashaAllah bukan calang-calang sahaja yang mempunyai perasaan sebegitu ekstrim,ada yang tiada perasaan dan hanya berkata 'oh,puasa,ok sebulan je' namun agak sedih juga jika ada segelintir yang mengucapkan 'puasa lagi,penatlah!'.Astaghfirullah!kita tergolong dalam kumpulan yang mana agaknya?namun begitu,usah risau yang keterlaluan kerana,pada bulan Ramadhanlah,Allah memberi pengampunan kepada hamba-hambaNya.Jadi ayuh kita cari keredhaan pada bulan yang penuh barakah ini dan usah berfikiran pessimis atau dangkal namun seharusnya kita bermuhasabah diri untuk kita meneruskan matlamat hidup kita yang dua it:khalifah dan abidullah,InsyaAllah

Al Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya:Diam orang berpuasa merupakan tasbih,tidurnya adalah ibadat,doanya mustajab dan amalannya digandakan

Al Baihaqi meriwaytkan daripada Uthman bin Abi al-as:Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

InsyaAllah sama-sama kita menghayati Ramadhan 1431 Hijrah ini dan yang akan datang.

nukilan fruitellan ^-^

No comments: