11 January, 2011

bekas hati ?

Asbab mengapa manusia terkadang tidak terkesan dan tidak mahu berubah…

Bukanlah sebab dia tak ada/dapat ilmu,
Bukanlah tak ada siapa mendakwahkan dia..

Tetapi kerana…


Bekas hatinya belum bersedia untuk dibukakan untuk dimasukkan dengan makanan hidayah.

Lantarannya, apa sahaja yang dilontar bagi makanan hatinya, dipantulkan keluar semula, bagaikan sebuah bola yang terlantuk dek dibaling ke dinding.

Kerana itulah ada pepatah Arab mengatakan:

Nahnu nu’min, qabla Al-Quran
Kami ini beriman , sebelum datangnya Quran

Kerana itu, amat penting, sebelum kita memberikan kesedaran dan percikan kefahaman yang bertalu-talu kepada manusia,

Perlulah kita menyediakan bekas hatinya untuk menerima bekalan tersebut.

Bekas hati itulah perlu diketuk. Diketuk dengan sentuhan hati, diketuk dengan kesedaran yang kita campakkan padanya, diketuk dengan keperibadian kita, diketuk dengan doa kita.

Sebab itu, muqaddimah kepada setiap pengisian itu amat penting, kerana dia menyediakan bekas hati untuk mendengar dan menerima muatan ilmu seterusnya.

Maka, jangan gopoh dalam memberikan ilmu dan kefahaman, sebelum bekasnya belum kosong dan terbuka untuk kita.

Kerana itu perlulah ditawan hati itu dengan sedaya upaya.

Moga banyak bekas-bekas hati manusia dapat kita tawan dan curahkan dengan mata air iman dan hidayah dari Al-Quran…

muharikah

1 comment:

faiezz zariyat said...

very meaningful~~jazakillah sis