05 November, 2012

fasiru fil ardh | Seoul #finale

Assalammualaikum akhawat.

InshaAllah ini adalah post terakhir saya mengenai jaulah kami di Seoul, Korea.

Alhamdulillah, pertemuan dengan muslim di Korea yang minoriti bilangan mereka sangat banyak mengajar diri saya sendiri. Sangat kagum dengan muslim disana, walaupun dihamburkan dengan hiburan, fesyen dan sebagainya, mereka sangat kuat berpegang dengan ajaran Islam. Semua itu tidak menggoyahkan iman mereka langsung, malah lebih menguatkan.

Pertemuan dengan beberapa akhawat Korea juga sangat seronok, sudah tentunya! :D Mereka sememangnya laju dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah, kuat dan hebat. Himmah mereka, menjadi pendorong untuk saya. Moga moga, InshaAllah.

Sewaktu makan malam bersama ukhti Fillah, dan Kak Safura :) Hebatnya Korea, kita masak dan makan dalam dulang yang sama ye, boleh keep warm lagi :P hehe

Moga kita semua pun begitu juga. (Allah, terkenangkan diri sendiri malunya dengan mereka dan kalian dalam jalan ini T.T) Menjadi jundullah dalam lautan manusia yang masih mencari-cari. Bergerak dan menggerakkan seperti misi yang kita bawa hingga ke hari ini;

Muharikah.

Melihatkan golongan yang hebat membawa Islam, pastinya mereka sudah pun mengukir nama di langit. Allah, hanya saya saja yang masih tertinggal lepas T.T

Alhamdulillah. Sampai di sini saja sharing saya. Akhawat yang lain juga pasti sudah banyak berjaulah di bermacam tempat asing dan sudah tentu sangat seronok jika dapat dinukilkan di sini :) Dapat juga meluaskan pandangan kita dalam meneroka bumi Allah dan ciptaanNya.

Pulau Nami

Semoga kita diizinkan Allah untuk terus melangkah di segenap buminya yang penuh dengan ibrah. Ibrah itu kita kutip dan dikongsikan bersama sebagai pengajaran, motivasi dan tarbiyyah dalam jalan ini.

Firman Allah:

Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah (Allah), kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul).
(Ali Imran 3:137)

Aseef jiddan sekiranya ada tersalah tutur bicara dari dulu hingga sekarang dan yang akan datang. Moga akhawat sentiasa dalam lindungan Allah, dipermudahkan dalam setiap hal urusan. Salam sayang dan rindu saya untuk Muharikah :)

ChupaChups
Manipal, India

2 comments:

NorAthina said...

subhanallah..

tak sempat2 saya nak komen entri2 sebelumnya.. hu

jaulah :):):)

teringat kenangan jaulah pertama kita 'wahdatul qulub'.. hu

barakallahufik liyana :)

Anonymous said...

Mashaallah..jzkk cik chupachups..
Rindu mahu berjaulah bersama..
Waduh..wahdatul qulub xpernah boleh nak lupa. First jaulah ever in my life.
Hasrat hati mahu sgt ziarah manipal. Nak.sangat. Doakan!

*vanvo*