22 July, 2012

Ubat hati :')

Sungguhlah Al-Quran itu pemujuk hati ♥



"(sambil mengucapkan), 'Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu.' Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu." (Ar-Ra'd:24)

Ayat Quran diatas adalah ungkapan kepada mereka yang akan masuk melangkah ke dalam syurga diakhirat nanti. Dikatakan kepada ahli syurga itu sejahteralah keatasnya kerana kesabarannya ketika didunia.

Di dunia kita takkan pernah lari daripada ujian. Ada masa kita berhadapan cabaran serta masalah, ada kala pula keinginan kita belum diperkenankan. Pada ketika inilah, kesabaran kita diuji.

Memang sabar itu bukan mudah, tapi Allah takkan sekali mempersiakan kesabaran kita. Allah balas dengan syurga :)

InsyaAllah.

Akhawat sayang, ingat saya dalam doa kalian kerana saya benar-benar butuhkannya *tears*

Salam Ramadhan.


13 July, 2012

Menghirup tarbiyyah

Assalammualaikum :)

Setiap bumi itu ada tarbiyyahnya, tarbiyyah yang menyucikan jiwa. Pernah dahulu ada dua orang sahabat Rasulullah saw, seorang bertanyakan kepada yang seorang lagi,

"Bilakah kita akan ke negeri Mekah? Aku teringin sekali menyucikan diri di sana." 

Lalu jawab sahabat yang seorang itu, 

"Tidak semestinya menyucikan diri perlu sampai ke negeri Mekah. Mana-mana bumi, yang di atasnya dijalankan tugas khalifah dan hamba, berbuat amar makruf dan nahi mungkar, maka itulah bumi suci yang membersihkan jiwa." .

Jadi, walau di ceruk bumi mana kita berdiri moga ia menjadi tempat yang membersihkan jiwa kita. Tajdid niat, buka pintu hati dan hiruplah tarbiyyahnya seperti mana kita memerlukan udara untuk bernafas. 

InsyaAllah.

Sunset di bumi Manipal


Salam sayang fillah.

29 June, 2012

Dekatnya Dia dengan kta kan..

Assalamualaikum warahmatullah akhawat fillah..

Teringat lagi ke kta waktu kali pertama di sapa tarbiyah, kali pertama di ajak usrah, kali pertama org tanya "Apa khabar imanmu?" Kali pertama sharing pasal sahabat-sahabat Rasulullah bukannya "lagu apa yang best sekarang eh?" kali pertama rasa pelukan mesra erat dan kuat akak naqibah dan sangat banyak sebenarnya kali kali pertama itu :) Dan moment-moment kali petama itulah yang membawa kta sampai ke hari ini inshaAllah, segala puji bagi Allah yang memegang dan memandu hati-hati kta :')

Cakap pasal hati, orang akan pegang dada kan? Kenapa eh? Kalau ikutkan hati tu bukanlah jantung (function pun dah lain) dan bukanlah jugak "hati=liver". Sehingga kehari ini pun takde siapa pun tahu hati tu sebenarnya kat mana secara anatomy nya (eceh, medic sikit :P)

Even kta sendiri, tuan punya hati pun kta tak tahu bentuk hati kta mcmna, warna dia warna apa, size nya besar mana and betul ke dekat dada? :O

Hehe so kta memang tak tahu kan? Sebab yang hanya boleh nampak hati tu cuma Allah je :)

Dan firman Allah "Dan Tuhanmu mengetahui apa yang di sembunyikan dalam dada mereka dan apa yang mereka nyatakan" Qasas:69


Kalau kta baca ayat-ayat Quran pun sangat banyak Allah ckp yang lebih kurang maksudnya "Allah tahu apa yang kamu rasa, Allah tahu. Takyah nak sorok dengan Allah" Allah lah yang pegang hati kta, Allah lah yang tahu exactly apa yang kta rasa walaupun kadang-kadang kta sendiri confuse "Aku ni sedih ke sakit hati? ke tak kisah pun?" Tapi Allah tahu. Allah yang pegang kunci hati kta ni. Maksudnya kta memang tak boleh sembunyi apa-apa dari Allah and maksudnya jugak Allah tu sangat dekat dengan kta, Sangat sangat dekat.

Sampai kadang2 kata-kata yang mampu kta cakap cuma "Allah.." sbb tak ckp pun tapi tba2 something happen yang kta terlintas je pun tapi Allah izinkan berlaku. SubhanAllah.

Cuba bayangkan kalau kta boleh nampak hati kta kan, mesti cepat-cepat kta cuci bintik2 hitam dosa yang kta buat. tapi tak, Allah tak buat begitu sebab kalau kta nak bersihkan noda2 hitam dosa yang kta buat tu kta kena kembali kepada Allah.

Balik semula kepada Dia. Bukankah Dia yang memegang hati? Ibaratnya kalau hati nak bersih, kena mintak pencuci atau clorox dari Allah la kan? Sweetnya Allah kan, dalam apa2 jugak benda sekalipun, semua Allah nak kta kembali kepada Dia. And yet kta sombong dan tak yakin pun dengan Allah :'(

Best kan bila org yang kta sayang, sangat faham diri kta tanpa perlu kta bagitahu pun kat dia. Rasa sangat mcm disayangi dan dihargai. Tapi sangat susah kta nak hargai Allah yang tiap2 satu terlintas dalam hati kta ni takda apa pun melainkan Dia tahu semuanya. Yang sebenarnya cinta Allah tu kat kta terlalu besar dan tak putus-putus Allah nak bagitahu kat kta dalam Quran "TuhanMu lah Yang Maha Penyayang" ....

Wallahu 'alam.

Baarakallahu feekum, Sayang dan rindu semua fillah <3 Moga kta semua selalu dalam bimbingan Allah, Amin :)

Doakan saya :)



24 June, 2012

Seize the moment #1

Antara tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri :

"...dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mananya keduanya 
berkumpul dan berpisah kerana Allah..." 
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)



22 June, 2012

Assalammualaikum :)

MashaAllah. Lama sungguh blog ini tidak dihapdet, sunyi V_V

Hati yang rindu membawa saya ke sini. Ngaaaa sepinya rasa, perasaannya macam masuk rumah yang lama sudah ditinggalkan. Malah tatkala saya menulis ini pun perasaannya seperti bercakap seorang diri dan bergema kerana kekosongannya daripada penghuni. Hewhew, konon nak puitis :P

Tapi ini bukanlah perkara buruk, kerana ini maknanya Muharikah sekalian lebih banyak tumpuan yang diberi untuk menyuburkan tempat masing-masing dengan baja-baja Islam, dakwah dan tarbiyyah. Masih ingat kisah awan? Alhamdulillah! ^^

Sebahagian daripada muharikah yang sentiasa di hati :-*

Okay, kali ni saya nak share sesuatu. Dah lama tau tak share dengan semua orang macam dulu-dulu. Boleh duduk dalam bulatan besar penuh satu ruang tamu lepas tu ada makanan sedap, kerepek dan gula gula bagai! HEHE. Tak lupa juga sangat seronok kalau ada trifle, tak pun makaroni goreng ada sausage lagi gitu. Eh? okay cukup disini. Kejap, last :P Tak lupa juga seronoknya ada bahu-bahu disebelah yang boleh dilentokkan kepala tatkala sedih, gembira, mahupun mengantuk. Maksudnya, duduk bertemu lutut ke lutut semua orang alahai rindunya!


Back to main point. Saya nak share ni, agak panjang. Rajin-rajinkan membaca sampai habis :P ehe.

Sejak tinggal di negara orang ni, yang obviously Islam bukanlah majoriti seperti di Malaysia macam-macam pengalaman yang kita semua dah dapatkan? InshaAllah. Saya yakin semua orang ada banyak cerita tentang tempat masing-masing :)

India. Negara yang berpopulasi tinggi dan kadar kemiskinannya pun agak lebih kurang sama tinggi TT_TT Dalam melalui hari-hari disini, banyak orang saya jumpa. Lagi-lagi yang susah, miskin, bekerja berat dan ada yang mengemis. Sebenarnya duduk sini kann, hari hari boleh menitis air mata tengok kepayahan mereka, cuma sekarang mungkin dah agak immune cuma hati je koyak rabak. Lagi-lagi kalau anak-anak kecil yang hidup susah, ya Allah, sayunya.

Angkat beg yang setiap satunya seberat 20kg, demi sesuap nasi.  

Alhamdulillah, bila nampak mereka ni lebih banyaklah bermuhasabah diri dan sebenarnya satu peluang untuk bersedekah, dan membantu orang-orang susah. Peluang berbuat pahala yang sentiasa terbuka luas disini. Cuma mahu tak mahu saja.

Teringat lagi, melihat anak-anak kecil tak berselipar dan comot beli aiskrim di food court. Tahu tak betapa mahalnya riak wajah mereka? Hehe. Dapat makan aiskrim, yang hanya berharga Rs15. Tapi, Rs15 itu sangat besar nilainya untuk mereka kerana susah payah mereka nak dapatkan wang.

Ada lagi, seorang akhawat disini pernah share. Masa di hospital, kakak ni nampak sekumpulan orang-orang tua yang sangat teruja menimbang berat badan mereka. Gembiranya pakcik makcik tu dapat tengok berat badan sendiri :) hehe. Ye lah, agaknya berapa kali saja mereka dapat menimbang berat badan sendiri sepanjang mereka hidup!

Tapi,

setiap kali saya melihat mereka perasaan saya bercampur baur. Ya, kita boleh bantu mereka. Kita boleh sedekahkan wang kita untuk mereka. Nak aiskrim? Ya saya mampu beri. Nak penimbang berat badan? Saya mampu beri! InshaAllah. Tapi, bukan itu yang saya mahu berikan. Kerana saya tak puas. Mahupun, saya memberikan aiskrim kepada anak-anak itu hari-hari, ataupun penimbang berat badan kepada setiap orang tua tersebut. Saya tak puas! Argh! Emo tak? :P

Sebabnya, saya mahukan berikan sesuatu yang lebih daripada itu. Sesuatu yang saya dan akhawat semua pun miliki, yang sangat mahal harganya :') Iaitu,

ISLAM.

Tiap kali melihat wajah-wajah yang bekerja keras itu, yang payah hidupnya itu, hati saya sayu. Ya Allah, kurniakan Islam bagi mereka :'(

Tetapi, hanya doa dalam hati. Kerana, saya tidak mampu. *Air mata bercucuran lajuuuuuuu*

Begitulah pentingnya usaha kita untuk menegakkan Islam sebagai ustaziatul alam. Agar kefahaman Islam itu sampai di setiap jiwa-jiwa yang hidup di atas muka bumi ini. Supaya, tiada hujah lagi bagi mereka ke atas kita di akhirat nanti.

Mungkin, kita bukanlah golongan yang dapat menyaksikan saat Islam tertegak gah atas muka bumi. Tapi, kitalah golongan yang membuka jalan untuk kemenangan Islam itu suatu hari nanti. InshaAllah.


Sungguh, perjalanan ini jauh.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 3:200

Teruskan tsabat semua. Ganbatte! 

Doakan saya disini, akhawat :')

Sampai disini saja. Jazakumullahu khairan baca sharing saya yang tak seberapa ni. Moga ada manfaat. Rindu muharikaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh. 

BIG HUGS!