20 June, 2010

Petunjuk Sepanjang Jalan 3

Hari ketiga kami teruskan dengan sesuatu yang sangat best, iaitu 'island hoping'. Mulanya saya sangka kami akan main bot kecil-kecilan saja, rupa-rupanya..nah, menerobos lautan lagi..huhu. Sepanjang perjalanan menaiki bot, perasaan terlalu gembira sampaikan susah nak berhenti senyum (bak kata Ezati..hee).

Perjalanan ke Pulau Dayang Bunting memakan masa lebih kurang 10-15 minit dan di pertengahan, pemandu bot berhenti kejap untuk beri peluang kami mengambil gambar Pulau Dayang Bunting yang bakal kami terokai. Sekarang baru tahu kenapa namanya Dayang Bunting..hehe~



Sampainya kami di pulau, kami ke Tasik Dayang Bunting.. Wah, tasik ni sebenarnya agak dalam, kira-kita 10-12 meter dalamnya.. Dan setelah 'merasa', terbukti..hehe, airnya tawar=P Di singgahsana (pondok) yang terletak di tepi tasik, kami teruskan dengan mentadabbur surah istimewa, Al-Adiyat. (surah ke 100) (p/s: Huraian pemahaman tadabbur ini tidak khusus, saya menulis refleksi saya melalui kefahaman diri saya, mungkin ada yang di"exaggerate"kan..huhu)


1.Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah,

Ayat ini menggambarkan mengenai seekor kuda perang, yang tiada serupa dengan kuda biasa. Tenaga luar biasa dicurahkan, kencang lariannya hingga terengah-engah. Ini membawa signifikan untuk refleksi diri kita, sejauh manakah kita berlari seperti kuda ini? Sudah sampaikah tahap terengah2 itu segala usaha kita di jalan Allah...? Kuda perangkah kita atau kuda biasa yang hanya ditunggangi orang2 kaya di pusat ekuastrian...?

2.dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kuku kakinya),

Hiperbola yang ada pada ayat ini memberi gambaran keadaan kuda perang itu yang kencang lariannya hingga memecah tanah yang dipijaknya, percikan tanah.

3.dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi,

Saya seolah terbayang peperangan Tariq yang saya baca beberapa hari lalu. Serangan mengejut tentera Islam di kala tentera andalus tidak menyangka..

4.sehingga menerbangkan debu,

Debu-debu yang beterbangan ini menyukarkan pandangan.. menggerunkan. Seolah kesusahan yang dihadapi, rintangan dan cabaran.. saya terbayang juga keadaan bila beratus-ratus kuda perang berlari, dari kejauhan nampak segala debu beterbangan yang menggentarkan hati musuh..masyaAllah..

5.lalu menyerbu di tengah-tengah kumpulan musuh,

Jika difikirkan, Kuda perang ini berfungsi di mana saja ia berada, tiada gentar kerana ia adalah kuda yang dilatih untuk berperang. Harus diperhatikan, kuda perang tidaklah lahir sebagai kuda perang.. Namun segala latihan yang diberikan yang membentuknya, mencorakkannya. Manusia itu takkan mudah menjadi teguh dan kuat andai tidak diuji, dilatih, melalui kesukaran..

6.sungguh, manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) pada Tuhannya,
7.dan sesungguhnya dia (manusia) menyaksikan keingkarannya.

Saya melihat betapa pentingnya kita menilai, mengukur segala pemberian Allah, agar kita rasa malu untuk tidak bersyukur...

8.dan sesungguhnya cintanya pada harta benar-benar berlebihan.

Di sini kita melihat akan pentingnya menginfakkan harta. Kecintaan pada harta yang melampau inilah yang menghalang manusia mengeluarkan apa yang dimiliki di jalan Allah, sedangkan Allah itu yang memberi rezeki.. Manusia itu selalu merasakan bahawa wang dan harta yang dimiliki datang dari usahanya.. Haish..

9.Maka tidakkah dia mengetahui apabila apa yang di dalam kubur dikeluarkan.

Hari kebangkitan..

10.dan apa yang tersimpan di dalam dada dilahirkan?
11.sungguh, Tuhan mereka pada hari itu Mahateliti terhadap keadaan mereka.

Ingatlah selalu rakan-rakan, segala apa yang ada di dalam hati kita, semuanya di bawah pengetahuanNya.. Setiap apa yang tersembunyi, hatta sebesar biji sawi akan dihitung..!

Selepas PDB, kami teruakan denga menaiki bot ke 'Eagle Nest'. Kat sini sangat banyak helang beterbangan, ada yang dengan selamba menyambar ikan di laut tanpa hiraukan kami. Helang-helang ni pun besar-besar, terbang seolah ruang udara itu dia yang punya.. masyaAllah.

Destinasi seterusnya ialah pulau Payar. Pulau ni menjadi tempat berkelah yang best kerana kejernihan dan kecantikan lautnya. Setelah berperang dengan beruk yang cuba merampas makanan kami seperti Israel terhadap rakyat Palestin, akhirnya kami peroleh kedamaian dan makan dengan jayanya..Alhamdulillah:)



Selesai island hoping=)

Kemudian kami ada singgah di kedai gamat, dan agak kagum dengan kuali mengandungi minyak gamat yang berasap-asap, tapi tak panas bila kami mencelup jari..huhu. Sekadar suam-suam kuku. Entah berapalah kan heat capacitynya..huhu. Dan ya, tengah hari tu kami berpisah dengan kiki, kak Wani, kak Put, dan kak Teha. InsyaAllah, pasti akan jumpa lagi:) sebab kami pun nak jadi doktor juga (^_^)~ InsyaAllah, amiin.

Petangnya pula kami melawat MRSM Langkawi, sekolah k-Own.. bapak besar, hee~ mesti k-Own happy kan:) Kemudian, pergi jalan-jalan di pantai, pantai pasir hitam?? dan pantai Chenai. Believe it or not, kami siap baca Al-Mathurat lagi di pantai lepas puas main air, buat fomation, tangkap gambar kawan-kawan yang saya "tak mampu nak tatap" hekhek=D.. Lain pula gambar kecantikan alam yang tak puas ditatap, terlalu sempurna sampai ada terfikir nak dijadkan poskad..huhu, macam gambar kat bawah ni. Walaupun diambil dengan handphone yang megapixelnya tak seberapa, waa.. I like it so much!

Kawan-kawan, Allah menciptakan alam serba indah, agar bertambah iman mereka yang menatapnya dengan berfikir... Apatah lagi sambil memuji-muji namanya..


Catatan oleh: sugus

No comments: