Pada hari seterusnya di Langkawi, kami menerima kedatangan 3 sisters dari Bait Abrar yang akan turut serta sepanjang dalam jaulah ini. Dalam jam 10 pagi, kami bertolak ke Langkawi Cable Car. MasyaAllah, tibanya kami disana, barisan untuk naik ke cable car terlalu panjang hinggakan kaunter terpaksa ditutup selama sejam. Jzkh pada K. Teha sebab sanggup beratur menunggu kaunter dibuka, kami pula pergi berjalan-jalan. Hehe.
Jadi kami terpaksa menunggu dikawasan itu selama sejam barulah dapat membeli tiket. Dengan cuaca yang sangat panas dan terik, terpaksa jugalah kami menunggu. Nasib baiklah, ada bermacam-macam benda di kawasan itu. Ada binatang-binatang seperti ular, rusa, gajah dan ikan sebagai penghibur hati kami. Hehe.
Akhirnya, penantian berakhir. Giliran kami menaiki cable car. Ada macam-macam gelagat.Ada yang takut, ada yang gembira je + gelak-gelak lagi. Hehe. Melihatkan betapa tingginya kami tergantung, waktu itulah baru teringat saat kematian.Dalam hati, kalaulah cable car ini terjatuh, mana lagi tempat bergantung? Allah saja tempat bergantung segala-galanya. Tika itu juga hati saya berdetik, betapa nyawa kita ini dipegang oleh Allah. Jika Dia ingin menariknya, bila-bila pun boleh. Kita ini bukan siapa-siapa yang boleh menyelamatkan diri dari ajal masing-masing, tetapi sering sangat lupa dan lalai. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersedia, tiada istilah bertangguh dalam kamus hidup orang Muslim. Kerana kita takkan tahu apa kesudahan kita.
Setibanya di puncak Gunung Machinchang, Maha Suci Allah, nyamannya dan tenangnya. Berbeza dengan keadaan di bawah yang panas dan hiruk-pikuk. Beratnya penantian tadi, akhirnya terbayar dengan keindahan pemandangan dan kesejukan udara di puncak gunung. Kemudian, kami mencari tempat sesuai untuk duduk dalam halaqah dan mentadabbur Al-Quran bersama-sama. Satu perkara yang tidak pernah saya terfikir, mentadabbur Al Quran di tempat sebegini? Sangat seronok dan bermakna:)
Mentadabbur Surah Ali Imraan, ayat 187 -200. Macam-macam perkara dan pengajaran yang boleh didapati daripada potongan ayat-ayat ini. Secara ringkas, antaranya :
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu. (3:187)
Ayat ini menerangkan sikap segelintir umat pada zaman dahulu yang ingkar dan tidak menyampaikan isi kitab yang diturunkan Allah kepada umat manusia. Kemudian, Allah telah mengubah nasab keturunan nabi dari Nabi Ishak ke Nabi Ismail, dengan munculnya Nabi Muhammad.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (3:190-191)
Menerangkan ciri-ciri mukmin yang sentiasa mengingati Allah walau dalam apa jua keadaan. Ayat 191 juga merupakan doa apabila kita melihat keindahan alam:)
Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan). (3:198)
Dan apabila membaca ayat ini, memperlihatkan betapa sayangnya Allah pada kita. Allah memberi segala-galanya pada kita. Bermacam nikmat diberikan kepada kita, namun Dia masih membayar kita untuk setiap usaha dan ibadah di jalanNya.
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).(3:200)
Ayat terakhir pula merupakan pesanan Allah kepada para da'ie agar bersiap sedia dan sentiasa bersabar dalam apa jua rintangan. Ayat ini memberi makna yang sangat signifikan dan semoga kita akan mencapai kemenangan satu hari nanti. InsyaAllah.
Begitulah hari kedua kami. Kemudiannya,malam itu kami pergi ke pasar malam di Pekan Kuah. Mata menjadi rambang apabila melihat harga makanan semuanya RM1.oo! hehe.
Apa pula perancangan untuk hari ketiga? ;) Wait and read!
with love, shared by ChupaChups! ^^
1 comment:
Waa~ sangat best. Bule revise input2 yang dah tercicir..huhu.
Sebab kadang2 banyak sangat input sampai bule lupa kebanyakannya..
Jazakillah chupa chups..hehe
Post a Comment