Saya sewaktu di Dang Anum tak banyak pasang impian dan target yang hebat-hebat. Waktu tu saya form 3, jadi, saya sekadar mengejar 8A untuk PMR.. Tak rasa nak target asrama penuh atau lebih dari tu. Malah saya dah cukup gembira dapat masuk satu-satunya kelas aliran sains di Dang Anum tu waktu form 4. Pendek kata, saya puas hatilah dengan apa yang saya dapat waktu tu.
Memang lainlah dengan sahabat saya ni, dia mahu A lurus, ditambah dengan target SBP yang dia nak sangat pergi... Selalu sangat sebut nak ke Mozac..hu.. Dan sahabat saya ni memang genius (o_O), one of the top student, memang saya kagum sangat2. To be honest, I've never felt like I was better than her in any aspect, and in fact, I think I felt comfortable in such condition.
Dan ditakdirkan Allah, bukan rezeki sahabat saya dapat A lurus, dan bukan rezeki dia ke mozac. Semua tu saya yang dapat, segala anugerah kat sekolah, perhatian dan sebagainya. Mungkin sebab tak ramai budak A lurus kat Dang Anum kot time tu..he. Alhamdulillah.
Then direct mozac pulak tu, bukan SBPI selandar ke, mrsm ke... Jadi saya sangat serba salah walaupun bukan saya yang salah..hu.. Dahlah memang tanak pergi asrama.. siap merayu lagi kat parents tanak pergi asrama, memang tak ada harapan la, kena lecture dengan bapak.. kenala pergi jugak hee~ Alhamdulillah naseb baik saya pergi=P
Sekarang, bila saya dengar khabar sahabat saya ni, saya rasa damai.. sebab akhirnya dia dapat juga apa yang diinginkan. Sekarang buat degree dentistry di USM kampus kesihatan, di Kelantan. Saya lega kerana saya tahu dia banyak kecewa sebelum ni, dan dia tak perlu lagi cakap saya lagi hebat..hehe~ tak ada maknanya. Saya juga tak mahu nak kesal walaupun semua kawan2 dah sibuk dengan degree, kerana Allah telah menyusun cantik segala perjalanan saya, insyaAllah:) My beloved friend, I miss you:):):)
added by: sugus
3 comments:
sob2..terharu..
sesungguhnya Allah telah mengatur yg lebih baik utk kita..(+_+)
masuk USM Kubang Kerian?
haa, ajaklah dia masuk usrah!
ramai sisters kat kelantan!
nanti akak beri no fon kak khadijah mesir. dia kat kelantan sekarang =) untung2, boleh ajak bestfren awak join sekali...
tp, sugus kena promote dulu lah kat kawan tu =P mahu ka?
to muharikah akhawat: yup, insyaAllah, apa pun yang jadi, itulah yang terbaik:)
to the a'bid: huu... bole juga saya tanya2 dia mengenai aktiviti kerohanian kat sana..hee~ pastu cadang kenal orang itu dan ini:) hmm... kena cuba ni (^_^)~
Post a Comment