Alhamdulillah. Saya dah buat dua kali sitting dengan sebahagian daripada anak-anak usrah saya! So far, everything is ok and they do not show any negative response at all. But somehow, saya rasa ada kekosongan dalam hati sebahagian daripada mereka. Tapi kekosongan itu tak bermakna ia mudah didekati. Mungkin lebih sukar kerana hatinya sukar dibaca. Satu task besar untuk saya. Dekati mereka dan sentuh hati mereka dan mendapatkan thiqah daripada masing-masing. Bukan satu proses yang senang dan dapat dicapai dalam masa yang pendek. Yang penting, ikhlas, tak putus asa dan percaya Allah jua yang memegang hati-hati mereka ini.
Doakan saya. Moga diberi ruang untuk saya dalam hati mereka. Dan moga pintu hati mereka sentiasa terbuka untuk menerima, memproses dan mempraktis. Bukakan juga mata hati mereka untuk melihat indahnya Islam ini dari segala aspek kehidupan. Merasai cantiknya segala yang telah disusun oleh Allah untuk kita dalam hidup ini, merasai dekatnya Allah dalam segala situasi, merasai kepentingan hidup di dunia ini yang bermatlamat dan merasai manisnya ukhuwah yang dibina atas jambatan Islam yang semanis cekelat ;)
The same goes to you :) Moga pacuan dakwah semua akhawat Muharikah semakin maju dan sederas air yang mengalir. InsyaAllah.
Amin.
chupachups
No comments:
Post a Comment