30 November, 2010

You are the Chosen One



Babak 1: Kisah seorang perempuan tua yang selalu membuang sampah (atau dalam cerita lainnya-duri atau najis) dijalan yang selalu Rasulullah pakai untuk keluar rumah.

Babak 2: Keadaan Rasulullah ketika zaman jahiliyyah yang mana orang berjudi, minum arak dan mencuri.

Babak 3: Sikap Rasulullah yang suka bersedekah. (dan kisah sahabat yang sedekah kepada org yang lebih memerlukan-tak penting diri)

Babak 4: Rasulullah pernah menjahit sendiri sandalnya.

Babak 5: Kisah Saidina Hussain (cucu Nabi) yang memanjat belakang Rasulullah ketika solat.

Babak 6: Rasulullah mengajar kebersihan.

Babak 7: Kisah perempuan yang berzina yang dimasukkan kedalam syurga kerana memberi minum seekor anjing menggunakan kasutnya. Kisah ini diceritakan oleh Rasulullah s.a.w

Babak 8: Rasulullah s.a.w. dan Saidatina Aisyah pernah bermain lumba lari.

Babak 9: Rasulullah s.a.w. pernah mendukung Aisyah ketika dia ingin melihat satu persembahan.

Babak 10: Rasulullah s.a.w. membantu seorang perempuan tua mengangkat barang.

Babak 11: Babak ni sambungan babak 1 yang mana, suatu hari Rasulullah s.a.w perasan tiada sampah di jalannya.rupanya perempuan tua itu sakit. Dan Rasulullah s.a.w melawatnya.

Perasan tak babak-babak dalam video clip di atas? Babak tersebut merupakan ilham daripada kisah kehidupan Nabi Muhammad . Subhanallah ! Melihat peristiwa-peristiwa ini dilakonkan semula, rasa sangat sebak sebab mula membayangkan keadaan sebenar dahulu. Ya Rasulullah, kami merinduimu !




chupa chups

No comments: