02 December, 2010

Jaulah selatan II~

Salam:)

Akhirnya saya tergerak untuk kongsi jurnal jaulah selatan muharikah^^. Hehe

Jaulah kali ini, daripada awalnya punya cerita yang tersendiri. Maaf kalau saya menulis dari sisi pandangan saya yang tidak formal.. Namun inilah bukaan hati saya yang telus buat kalian, sister2 muharikah terutamanya:)

Kami bertolak ke Fateh/Rumaisa pada malam hari jumaat, macam biasa, AdikMe~ Namun kerana jumlah bagasi yang sedia makan 1/3 daripada ruang van, terpaksa pula meninggalkan beberapa orang dulu, untuk diambil kemudian, hu.

Saya cemerkap lagi.. handphone saya tertinggal. (-_-") dan saya sudah berada di Bangi di saat itu.

Saya minta bantuan fruitella yang masih berada di KTT pergi ke rumah depan, panggil Nadia jiran saya supaya memecah masuk rumah saya, he. (sebab Nadia berbakat dalam membuka pintu pakai kad kredit)

Malangnya Nadia yang kepenatan baru balik BTN sudah tidur.

And guess what..?

Tanpa pengetahuan saya, Fruitella nekad panjat gril ke beranda belakang rumah saya. Ingin saya ingatkan, gril itu walaupun tak mustahil dipanjat, ia membawa risiko yang besar andai sesiapa terjatuh saat mencuba. Saya selalu sikit melenting bila ada kawan2 yang buat ini. Kerana risikonya.

Dan Fruitella panjat semata-mata nak ambil handphone saya. Lepas saya meluahkan marah saya, saya berterima kasih.. huhu, afwan. Jazakillah yang amat2. saya terharu:)

But please dont do it again my dear, or I'll get myocardial infarction..hu.

Jadi esoknya awal2 pagi bertolak terus ke Johor Bahru. Lepas makan lauk tengah hari yang buat saya dan Kopiko hampir menangis kerana kepedasannya yakni di rumah Kak Sofi, kami berangkat ke tempat menginap merangkap tempat pengisian dan sharing:)

Petangnya bersama En.Taaha Talib, banyak perkara yang dikongsikan, namun saya ingin share menenai tarbiyyah islamiyyah dan tarbiyyah jahilliyah..he. Kerana ini sangat penting untuk diingati waktu cuti, he~

Apa yang ditarbiyyah, secara automatik akan membawa kepada aplikasi dalam kehidupan. Di sini kita ditarbiyyah dengan Al-Quran dan hadis, kemudian di rumah kita membuka pula peluang ditarbiyyah sinetron, drama korea, klip video yang merngkumi jahilliyah keseluruhannya. Kesannya akan ada sedikit atau banyak. Macam saya, kesan yang saya boleh rasa ialah hati saya kurang basah, ibadah yang kontang, dan kurangnya sensitiviti ukhuwah..huhu. Dahsyat juga.

Okeh, renung-renungkan.. selamatlah amal:)

Keesokan harinya, kami solat subuh di masjid besar di JB. Tak perasan pula nama masjidnya..hehe..aduh. Tapi yang pasti, masjid ni sangat cantik dan unik, kerana rekaan dan material pembinaan khabarnya diangkut dari berbagai negara..hmm..

Singgah sebentar juga di Danga Bay. Buat saya tiba-tiba terkenangkan jaulah di Langkawi dulu:):)

Di sebelah malam, kami berpeluang bersama tiga insan istimewa:) Boleh dikatakan mereka ini adalah super senior dalam jalan tarbiyyah ini. Perkongsian bersama mereka sangat best. Setelusnya saya mulakan jaulah ini dengan hati dan iman yang cedera kerana beberapa peristiwa yang menduga kesabaran saya di ktt.. Sakit ini pada saya sangat merisaukan, menyesakkan, kerana saya sampai terfikir untuk melepaskan suatu amanah. Tidak pernah saya rasa seberat ini.. Dan syukur, saya dirawat sikit demi sedikit di sepanjang perjalanan..:)

Esoknya pula, bersama Ustaz Wan. Huhu, jenuh bernasyid:P Tapi best^^. Cuma pengisian tu saya yang mudah blur2 ni kena check dan semak semula,..macam biasa..he.

Di JB ni, choclairs dan hersheys di 'drop' kan, untuk pulang ke rumah masing-masing:( Saya tak berkesempatan menghantar Choclairs, namun alhamdulillah berpeluang ke rumah Hersheys. Wah, makanannya sodap^^. Jazakillah:)

Dan lokasi seterusnya, Melaka:)

Yang penuh memori suka, duka, manis dan pahit(^_^). Sesungguhnya, saya cintakan bumi Kedah, namun Melaka juga mendapat tempat yang istimewa di hati saya..

Kepada sisters yang lain, kalau ada yang berkenan nak cerita, tafaddhol:) Saya akan teruskan insyaAllah hanya selepas beberapa tempoh waktu andai ruang masih belum terisi..hehe~


~sugus

3 comments:

Aqeelah said...

aww,saya terhary la awak..anyway,harap2 cuti ni tak melunturkan iman kita insyaAllah

sugus said...

haha terharu sampai tersalah eja eh:P
insyaAllah, i'm going back to ktt tommorrow night^^

Aqeelah said...

huhu, malu pulak la tina
ok2 see you at ktt and meru