29 March, 2011

Wahai para pengumpat!

Tahukah kamu neraka itu panas?
Tahukah kamu yg kamu tidak akn tahan utk berada di situ wlaupun sesaat?
Mahukah kamu,memakan daging saudara sendiri?

Mengumpat,
Hari-hari kita buat,
Hari-hari kita amal,
Kadang-kadang lagi khusyuk dari solat,
Lagi tekun dari belajar,
Ibarat nasi putih,
Tak sedap kalau makan saja
Lagi sedap kalau ditambah kicap,
Mengumpat tak boleh sorang2,
Ramai-ramai baru best!
Lagi best kalau ada gaya sekali,
Ish..ish..ish..
Diorang ni tak sedar ke nasi dah hangit kat ricecooker?
Dapur dah separuh rentung,
Bau dah menusuk sampai ke tulang sum2,
Tapi mengumpat still jalan,
Lepas Zohor sambung sampai ke Asar..
Maklumlah semua dah expert..

Tinggal tunggu rumah runtuh je,
Baru terhegeh-hegeh nak bertaubat..
Hellooo!! taubat ke tau buat?
Cakap senang la,

Lepas rumah baru dah siap,
Nak sambung balik ke kerjaya lama?
wah akak ni bole jadi worker of the year ni!!
x kenal arti putus asa.. =)
Berapa gaji kak? 
Elaun sara hidup ada?
Overtime lumayan tak?
All the time ke on call...

Eh..eh..jap,
Ni gaji ape ni?
Dari sape?
Camne nk claim?
Apa?
Kene bukak akaun kat bank neraka??
Errr....xpe kot..
TAK NAK la join...
Saya dapat offer lagi best la dari BOS sy..
Jadi doktor di hospital tarbiyah..
Boleh rawat penyakit akak..  
Gaji pon besar gak..
lagi besar dari akak punya..
Tak ke best tu??
Meh la kak join..

Pastu kita bukak akaun kt bank syurga,
Lagi besar dividen tahunan..
Hurm, camne kak?
Nak join?
Takpe2 akak pikir2lah dulu ye,,
Tapi kene cepat taw,
Sebelum pegawai yang bernama Izrail datang memanggil...

So kawan2,cuba renungkan amal harian kita..Selalu x kita mengumpat?Sesungguhnya dosa mengumpat sangat besar sehinggakan Allah menurunkan satu surah khas utk para pengumpat..Insaflah wahai kawn2..Jauhilah mengumpat.Sesungguhnya mengumpat menjauhkan kita dari syurga Allah...

Kecelekaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.(Al humazah:1)

3 comments:

Akhawat Muharikah said...

kazakillah khoir cik yang share.. =)

hurm btol tu,, kadang2 sedar tak sedar kite da termengumpat orang da...termakan daging saudara sendiri...

kene sabar banyak ye, kalo nga marah tu mudah je nak keluar kata2 yang tak membawa faedah n at last termengumpat..

nauzubillah... same2 la kite hindarkan...

NA said...

nak teka~

sapelah kan yang guna istilah bombastik ni..hehe.

"kazakillah"

cik kopiko??
(sila marah saya kalau salah, tauu)

nice post:) rasa takut, sebab cakap-cakap tak bole patah balik..
hu.

Akhawat Muharikah said...

aiya...taw aja..hehehe jazakillah actually..tecnical prob