Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.
Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .
Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
[*]Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat[/*]
[*]Bermunajat kepada Allah setiap malam[/*]
[*]Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari[/*]
[*]Berperang di jalan Allah[/*]
[*]Melayani isteri-isteri[/*]
[*]Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya[/*]
[*]Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain[/*]
[*]Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)[/*]
[*]Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin[/*]
[*]Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)[/*]
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara kanak-kanak :
[*]Kerja[/*]
[*]Keluarga (isteri dan anak-anak)[/*]
[*]Melangsaikan hutang[/*]
[*]Main facebook, nengok Youtube,Korea[/*]
[*]Dan lain-lain..[/*]
Renungkanlah kata-kata ini pula :
Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _[B]Al-Imam Ghazali[/B]
Begitulah kawan2,jgnla kite sombong dgn Allah,sedarlah diri..
Allah hendakkan kebaikan utk kita..
Adakah lagi hal yang lebih penting selain dr berdakwah di jalanNya?
Kenapa kita selalu beralasan?
Kenapa ada je alasan tatkala diri diminta menghadirkan diri ke program?
Tak bersyukurkah kita dgn apa yg Allah bg selama ni?
Janganlah harap bahawa Allah memberikan kejayaan pd kita kalau kita pun tidak mahu membantu agamaNya
Malunya meminta sedangkan diri sendiri kedekut
Adakah dunia menjadi matlamat?
Samakah kita dgn haiwan ternak??
Baiklah teruskanlah dgn kesombongan..
teruskanlah beralasan..
'Katakanlah,"Jika bapak-bapakmu,anak-anakmu,saudara-saudaramu,isteri-isterimu,keluargamu,harta kekayaan yg kamu usahakan,perdagangan yg kamu khawatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yg kamu sukai,lebih kamu cintai dari pd Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya,maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya".Dan Allah tidak memberi petunjuk kpd orang2 fasik..
wallahualam.
1 comment:
jazakillah sis ingtkn...
terkesan*dush2~
Post a Comment