21 May, 2011

TanBihul GhaFilin...~

Antara buku yang saya gemari (erm yang berunsur tidak lagha, fuh -_-‘) ialah Tanbihul Ghafilin tulisan Abullaits Assamarqandi. Maksud perkataan Tanbihul Ghafilin ialah ‘peringatan bagi yang lupa’.
Versi yang ada pada saya adalah yang sangat lama,di mana cetakan pertamanya ialah pada tahun 1978 dan ini jilid yang kedua. Penerbitannya dan alih bahasanya  daripada Indonesia. Ya saya perasan kebanyakan buku alih bahasa daripada para ulamak adalah dari seberang..hu
Buku ni sangatlah best dan dekat di hati saya, pengisiannya sangat basah dan masuk ke hati… Subhanallah.. Saya ingin kongsi sedikit pengisiannya dalam satu bab yang menggetarkan jiwa, iaitu:

Bab ujub (sombong dengan amalnya).
 Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ubaidah berkata: Abdullah bin Mas’uud r.a berkata:

Keselamatan ada dua macam: Takwa dan niat. Dan binasa itu juga dalam dua macam. Putus harapan dan ujub (sombong diri)”

Wahb bin Munabbih berkata:
Dahulu ada seorang yang beribadat selama 70 tahun, berbuka hanya pada setiap sabtu, kemudian dia meminta hajat kepada Allah, tetapi tidak tercapai hajatnya, makaia menyesali dirinya dan berkata pada dirinya sendiri: Andaikan engkau ada baik tentu tercapai tujuanhajatmu, dan kejadian ini hanya kerana kesalahanmu sendiri. Tiba-tiba turun malaikat dan berkata kepadanya: Hai anak Adam, saat di mana engkau berasa rendah diri itu lebih baik daripada ibadatmu yang telah lalu itu..

Ada diceritakan suatu kisah,
Pada suatu masa nabi Dawud a.s keluar ke pesisir untuk beribadat, dan ketika telah genap setahun, ia berdoa: Ya Rabbi, ya Tuhanku telah bongkok punggungku dan lemah mataku dan kering air mataku, tetapi aku belum juga mengetahui bagaimana nasibku.
Maka Allah menyuruh katak untuk menjawab doa nabi Dawud itu: Hai katak, jawablah hambaku Dawud a.s. Lalu katak berkata: hai nabi utusan Allah, apakah anda mengundat (mengungkap/mengingat2) pada Tuhan ibadatmu yang setahun,. Allah yang mengutusmu menjadi nabi, saya di hutan ini selama 30 /60 tahun bertasbih, bertahmid kepada Tuhan, sedang persendianku tetap gementar kerana takut kepada Tuhanku.
Maka menangislah Nabi Dawud a.s..T_T
Abu Laits berkata: siapa yang ingin mematahkan rasa ujub dengan amal maka hendaknya melakukan 4 perkara:
1)      Mengingati bahawa taufiq hidayat untuk beramal itu langsung dari Allah s.w.t, maka dengan perasaan itu dia akan sibuk bersyukur kepada Allah dan tidak membanggakan dirinya.
2)      Mengingat bahawa semua nikmat yang ia terima itu dari Allah supaya ia sibuk mensyukuri nikmat dan tidak ujub bangga dengan amalnya
3)      Takut tidak diterima amalnya. Sebab khuatir amalnya tidak diterima, maka ia tidak dapat membanggakan amalnya itu
4)      Mengingati selalu akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya dul, sehingga khuatir kalau2 dosa itu lebih banyak daripada hasanat2nya..
Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita.. Pembersihan hati itu bukan sekali bersih selamanya bersih, bukankah hati manusia itu diibaratkan seperti longkang? erm (-_-‘).

Sekali kita menyental mana2 longkang yang maha dahsyat berdanuknya,  InsyaAllah akan bersih dan bersinar.. Tetapi kalau longkang yang bersinar itu dibiarkan tidak mengalir , menakung air hujan dan daun kering mesti, dan pasti akan busuk semula malah jadi pembiakan makhluk pembawa penyakit yang memudaratkan.
Jadi itulah pentingnya air yang mengalir pada longkang tersebut bagi mengekalkan kebersihannya. Bersihkan hati selalu, sentiasa.. manusia tidak lekang dari dosa, dan orang-orang yang sentiasa mensucikan dirinya itulah orang yang beruntung!
:)
Wallahualam..
sugus-