Bismillah..
Alhamdulillah syukur, terima kasih Ya Allah..
Hari terakhir di KTT, rumah kosong.. Ini bukan metafora lagi, hu.. Rumah yang benar-benar kosong. Solat-solat saya yang terakhir di rumah ni benar-benar mengingatkan saya pada hari pertama saya menunaikan solat di sini, di lantai yang luas saujana mata memandang:)
Segala pujian buatmu ya Allah, yang telah memberi segala yang terbaik buatku. Rakan sebilik semulia cik Kinder Bueno, rakan serumah yang baik, pensyarah yang tidak putus asa mengajar dan mendidik , dan yang terbesar ialah dakwah dan tarbiyyah yang membawa aku hamba yang jahil dan kerdil bangkit mengenal Allah yang maha esa..
InsyaAllah, setiap apa yang aku temui di tempat ini adalah tarbiyyah.. Selagi aku ingat pada Allah dalam setiap apa yang aku lalui.
Bila Fruitella membuat keputusan yang drastik gile dalam menentukan hala tujunya selepas ini, aku lah antara yang pertama-tama memasang niat besar nak membasuh cik Fruitella ni, hehe.. Walaupun aku sendiri blur dengan masa depan sendiri. Kerana bagi aku, melepaskan biasiswa adalah satu perkara yang besar.. Keluargaku mungkin tidak miskin, tetapi untuk membiaya aku kurasakan tak mampu.
“Hmm kan dah dua tahun spend kat sini, kalau nak pergi Mesir awal-awal dah boleh pergi.. kan.. Tak perlu A level…..”
“Cik KissMe, dua tahun nilah kite kenal tarbiyyah.. tak sia-sia insyaAllah..”
Ya benar kata cik Fruitella. Tiada apa yang lebih besar daripada jalan mengenal tarbiyyah.
Dan buat diriku sendiri jua, di samping nikmat tarbiyyah yang dikurnia, aku juga melhat 2 tahun A level ni sebagai sesuatu yang beerti dalam menentukan hala tuju, kerana bagi aku A level membuka jalan yang tersendiri untuk kami melangkah selepas ini. A level membuka jalan ke India terutamanya di mana peluang untuk dakwah dan tarbiyyah terbuka luas buat muharikah. (he, juga Indonesia , Malaysia dan Checzh). A level mengumpulkan kami menjadi muharikah insyaAllah tak kira ke mana kami akan pergi selepas ini.
Buat cik Fruitella, Allahlah yang mengatur segalanya:) 2 tahun di sini telah memberi erti yang besar dalam mentarbiah diri, pengenalan, persiapan, dan kelengkapan dalam menempuh jalan yang mendatang. Andai Mesir itu takdirmu, sesungguhnya Allahlah yang memilih kamu sebagai tenteranya di sana insyaAllah..
Namun aku cuba merenung daripada sisi yang berbeza juga.. Bagaimana jika kita diuji dengan kegagalan? Adakah memori dan nikmat tarbiyyah yang kita kecapi akan menjadi hambar sehambar teh cina di Pan Pacific tempoh hari? Ingatlah Cik Famous Amous pernah diuji dengan ujian maha berat yang menggoncang iman, hingga terasa luruh di hati dan rasa kerdil sekali diri ini bila aku berhadapan dengan tuan empunya iman.. Sungguh..!
Aku sedar bahawa aku sangat perlu untuk mempersiapkan diriku yang lemah ini. Aku ingin sekali merasai manisnya ikhlas dan keredhaan yang sebenar-benarnya terhadap yang maha Pengasih.. Aku ingin sekali menjadi hamba tetap bersujud berserah diri padaNya tidak kira apa pun yang berlaku..
Aku sedar bahawa aku sangat perlu untuk mempersiapkan diriku yang lemah ini. Aku ingin sekali merasai manisnya ikhlas dan keredhaan yang sebenar-benarnya terhadap yang maha Pengasih.. Aku ingin sekali menjadi hamba tetap bersujud berserah diri padaNya tidak kira apa pun yang berlaku..
Dahulu imanku pernah diusik dengan kegagalan, hingga aku menjadi lemah dan diam. Ramai sangat para akhawat yang berkobar-kobar memberi kata-kata semangat dan segala ayat yang power bagi memulihkan kesakitanku, he jazakillah ^_^ (peace) tetapi dalam banyak-banyak ayat yang power tu, ayat daripada seorang ni saja yang benar-benar segar di ingatan saya:) He, mungkin kerana akhawat2 ni dah selalu sangat mengeluarkan ayat-ayat kebabom! tak kira waktu, jadi dah terlalu biasa, hehe.
Ehem, itulah dia penangan mis Zamzarina, pensyarah chemistry terhebat:D Walaupun kegagalan benar-benar meluruhkan jiwa aku di saat itu, aku berusaha keras untuk tidak menangis di hadapan sebarangan orang, hu tetapi bila berhadapan dengan mis Zam.. ter T_T pula. Dan kata-kata mis Zam buat aku berfikir dan muhasabah sangat-sangat, walaupun sepatah ayat je.
“Jangan sedih.. Ikhlas…” (dengan senyum yang sangat menyejukkan dan bersimpati, hu)
Kata- kata mis sangat mengingatkan aku pada Tuhan yang mengatur segalanya.. Aku harus ikhlas dan sabar. Selagi aku mencintai Allah dan Rasulnya, selagi aku masih beriman, selagi aku mengharap keampunan,rahmah dan redhaNya, aku mesti ikhlas. Sesungguhnya Allahlah yang memilih hamba-hambanya, Allahlah yang maha mengetahui hikmah di sebalik setiap ujian.
Jadi aku tidak mahu mengecilkan pandangan mata hatiku dengan melihat 2 tahun ini dengan pandangan lahiriah semata- mata, kerana sesungguhnya ianya lebih daripada itu. Moga segala ingatan di sini mengingatkan aku kepada Allah, Allah… Allah.. InsyaAllah
:)
KissMe-
4 comments:
walaupon cik dah tukar nama,saya tetap kenal cik.. kissYou.. =P
uhibbukifillah,jzkk 4 being a great3 ukht! xtau nak gambarkan betapa bersyukurnya vanvochelle dipertemukan dgn kissMe..
alhamdulillah thumma alhamdulillah..
yelah kan cik Vanvo :)
nampaknya cik KissMe talah silap besar jika anda fikir semua orang tak tahu, wahahah ;D
Apapun cik Vanvo, saya cik Athina mempunyai perasaan yang serupa seperti perasaan cik vanvo pada cik KissMe.
hihi =D
lamenye tak lepak sini..dah byk entry y tertinggal...
alhamdulillah internet dah kembali.hehe...
kembali mengintai kalian semua.
salam. aku x rse ko nyer 2 tahun membazir gak, sebabnyer same ngan post ko nih. i cherish evry moment i met u.sayang fillah^_^aku ialah 'lantaklah!aku x kesah'. paham2 je la aku sape.
Post a Comment