27 June, 2011

Cerita Daurah Muayyid versi saya (^_____^)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

muqaddimah. saya jarang2 sekali menaip entry,jadi xtahu nak menulis pendahuluan yang menarik n membuatkan pembaca sekerol smpi bawah jadi stret ja la.


date:25 jun 2011, 9am
venue: pejabat I seberang jaya
audience: ikhwah akhawat dari perlis,kedah dan penang. (utara la senang cakap)
title: DAURAH MUAYYID


alhamdulillah,lepas dapat details dari ukht W,saya pun dgn penuh berharap kpd Allah mintak kebenaran dari ummi tercinta dgn mimik muka relaks.alhamdulillah,setelah beberapa sesi soal jawab,ummi mengoffer utk mengedrop saya n ukht L di spital seberang jaya untuk diambil oleh ukht W. Alhamdulillah,betapa bersinarnya mataku ketika itu. saya dah tanya ummi before,boleh x kalau nak pegi program2? beliau jawab boleh tp jgn la tido.dah la x lama dah kat bumi mesia nih..puh..


isu politik mak ayah semakin hangat dlm kalangan muharikah sy rasa buat masa ini kerana ibubapa masing2 semakin berat melepaskan anak keshayangan mereka berjauhan, memandangkan tarikh terbang semakin hampir.bagi saya,perkara seperti ini sgt menduga diri. saya kira ini merupakan salah satu dugaan dakwah yang berat untuk ditanggung.selalu jugak terpikir kalaulah aku pandai drive,boleh travel sendiri.tapi,kalau berkalau-kalau, dikalau-kalau. bahaye benor berkalau ni. saya harus terima ini merupakan dugaan yang Allah beri kepada saya. saya selalu jadi lemah kalau berhadapan dgn insan bernama ummi,tambahan insan bernama abah baru meninggalkan kami dan tak mungkin kembali. saya terlalu takut saya melukai hatinya yang amat2 sensitip. saya takut jadi anak derhaka. saya takut itu saya takut ini,saya takut bla bla.....



"katakanlah,jika bapak2mu, anak2mu, saudara2mu, isteri2mu,keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan,perdagangan yg kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 yg fasik"
                                                                                                       (At-Taubah:24)

Tebabow! saya sepatutnya bersyukur kerana tiada lagi penentangan seperti dihalau atau tidak diberi makan.belum sampai tahap itu pun. paling2 pun saya terpaksa mencari jawapan yg terbaik utk soalan2 beliau. kdg2 saya sampai tertekan,er selalu.saya sgt rapat dgn ibu,jadi beliau rasa saya semacam ada satu rahsia yg tidak dikongsi bersama beliau.saya tak pernah berjaya menerangkan kepada beliau apa yg saya lakukan ini bukan benda main2,bukan perlu lakukan sekali dua tetapi sampai hujung nyawa.tp setiap kali saya ingin menghadiri program,saya harus menarik nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas panjang melalui mulut.tak tau sebenarnya nak menggambarkan keadaan ini (-___-") i have to be strong and be faith to face all this!!! fighting! semoga Allah lembutkan hatinya untuk berasa senang dengan anaknya yang tidak mampu sentiasa berdamping dengannya.


okeh. habis bab luahan prasaan. i wud really like to share what did i get during dauroh. ada banyak session. 
yang sangat manis masa dauroh tu terjumpe famous amous! dan ukht M(sory lupe nama cekelat)! kami saling tidak tahu pun yg masing2 akan menghadiri dauroh tersebut. subhanallah,indahnya Allah aturkan.sgt sweeeeet.


first session: thiqoh binnafs


seperti yg akhwat fillah sume tahu,thiqoh bermaksud percaya. bi=dengan. nafs=jiwa
so maksudnya percaya dgn diri sendiri..percaya bahawa kita ini adalah insan yang dipilih oleh Allah untuk menjadi mata2 rantai perjuangan Rasul tercinta. percaya bahawa kita mampu untuk memikul beban dakwah ini bersama2. kerja dakwah bukan senang,perlukan pengorbanan masa,harta bahkan jiwa.(mcm lirik lagu pulak). sebab kalau senang dah ramai yang memilih jalan ini. lihatlah bagaimana abu bakar,betapa thiqohnya dgn diri sendiri selepas baru mendapat islam dari nabi.kalau dibandingkan pengetahuannya tentang islam masa tu dengan pengetahuan islam kita sekarang ini,sudah tentulah sedikit sahaja. tapi,beliau berjaya mengislamkan lima orang sahabat yang dijamin sorga semuanya..sebab beliau rasa islam itu sgt best! perlu bgtau org lain! situasi ini samalah seperti kita yang baru menikmati eskrim perisa bluberi+guava di aisrum,keluar shj dari pintu serasa mcm ingin mencanang kpd teman2 kita di luar sana bhwa eskrim di aisrum itu sungguh lazat! 

TANDA2 HILANGNYA THIQOH BINNAFS


PEMIKIRAN
1. aku xtau sgt la weh
2. org lain lg mantap,bg diorang lah
3. aku xcukup ilmu lagi,kena topup dolu


TINGKAH LAKU
1. negatif
2. sukar bg cadangan
3. ragu2
4. xmahu berubah
5. x ambil peduli




ok,baiklah. sgt la tersepak,dush.diri saya masih perlu banyak berusaha ke arah thiqoh binnafs.

BILA TERSERLAH THIQOH DALAM DIRI?
berani memberi cadangan dalam syura n amal jamaie,tidak sependapat (xterlalu follow je cdgn org lain tanpa memberi pendapat), pandai memimpin, tidak takut akan kegagalan
*sekali lagi dush*
thiqoh binnafs,adakah natural atau perlu dibina?kajian ke atas sekelompok manusia mengatakan (aseef,lupe lak sumbernya) keyakinan diri seseorang adalah semulajadi bagi 6% orang, 20% lepas mencuba n 100% selepas latihan.. sama lah macam kita naik gerek(basikal).ade la sikit manusia yg letak kaki atas pedal pertama kali,terus kayuh sampai hujung jalan. ade jugak yang berjaya selepas beberapa kali cubaan, tapi sgt ramai yang cekap mengayuh selepas latihan intensif setiap petang.er,faham?


MACAM MANA NAK BINA THIQOH BINNAFS?


PENGUCAPAN
ungkapan kalimah yang fasih dan jelas sebutan,ada selit body language untuk menambah perisa,gunakan nada yg berubah2 sesuai dgn topik yg kita bicarakan,dan gunakan bahasa yg sesuai dgn audiens.
PENAMPILAN
pentingkan imej yg sedap mata memandang,sentiasa senyum,tenang dalam bertindak,sempurna dalam melangkah.
PEMIKIRAN
macamana nak sampaikan kalau kita sendiri tidak terisi?pokoknya buatlah persiapan sebelum sampaikan.revise n setadi.

BUT,yang penting sekali,letakkan segala pengharapan hanya kepada Allah iaitu SUMBER KEYAKINAN kita. saya cukup terkesan dgn ayat 2 surah al-Ikhlas. Allah tempat meminta segala sesuatu. sebelum melakukan apa2,haruslah kita betulkan niat semata2 kerana Allah.and thiqoh bukan dgn diri kita sahaja,tapi dengan akhawat2 yang bekerja bersama2 kita juga.


nmpknya,sy cuma share yg first session dahulu,cukup panjang rasenye. moga dapat kita amalkan bersama,inshaAllah.n sekarang saya sangat merindui semua cekelat muharikah. tolong lah rindu saya kembali.

3 comments:

NA said...

Jazakillah khairan cik Vanvo!

Sangat gembira dan terharu kerana sudi berkongsi daurah di utara ni.. hu. Sebab rindu utara T_T

Baru2 ni pun ada sister ajak ke daurah di SP..T_T

Pengisian yang sangat bermakna, oh tsiqah dengan diri sendiri pun ada.. Ya benar, ada rasa berbeza bila rasa tsiqah ni kuat dengan bila lemah..

Kadang2 kita rasa strong masyaAllah, jadi bersemangat sesangat dan lebih alert dengan semua benda. Tapi bila down..

"Korang plan lah ape yang patut, insyaAlah aku ok je"

T_T (oh ini petanda rupanya)

Share lagi ya :) Jazakillah..

Akhawat Muharikah said...

jazakilah khoir cik vanvo yang mangeshare..

dush3 kebebom!!!
best sgt2!!!
em, kadang2 rase dgn diri sendiri pon tak thiqoh lagi.. huuuu

rindunye nak daurah...
kite jumpe kat pre departure ye!!!

faiezz zariyat said...

salam.cik vanvo!!rindu kamu~

hope ur prob regarding our daurah is settle already~

jazakillah 4 da sharing..
feel regret 4 not being there dat time~but HE knows wat better 4 us~

share lg ye~