24 July, 2011

Life is Unexpected,so Expect the Unexpected. ^___^

cukup gempak tak tajuk di atas??


Sabtu 16 julai,saya dikejutkan dengan berita bahawa kolej yang sepatutnya saya dihantar tidak mahu lagi menerima pelajar2 dari Malaysia. Pihak pengurusan pun terkejut kerana disergah oleh berita yang datang entah dari mana ini. Saya yang membaca terus terkaku terketar2 sambil menahan ayer mata. Ya,semua itu terjadi dengan sepontan. Pejam mata, ya Allah ujian kah ini? Mati sudah segala perasaan excited untuk terbang,apatah lagi katanya akan ke tempat yang,entah lah,xbrapa berkenan di hati tidak diketahui sebabnya. Mungkin bagi yang lain perkara ini tidaklah terlalu meng “effect” hidup tapi sangatlah rasa terganggu bagi saya. Pedih amat,sedih.hinggakan makan nasi sepinggan shj (slalunya dua). Terkilan juga kerana sebelum ini, saya ada juga mengingatkan cekelat2 tercinta yang lain yang diuji bab2 placement ini. And suddenly it happened to ME.
                            apa??!!davangere? kolar? bukan ke sepatotnye mysore?
                                      


Lantas teringat kisah pertukaran kiblat yang terjadi pada zaman nabi yang  Allah ceritakan dalam surah al-Baqarah ayat 143

“…..Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblatkan ) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh (pemindahan kiblat) itu sangat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia.”

Ketika wahyu ini diturunkan,perkara ini sangat2 melukakan bagi Rasulullah sendiri apatah lagi sahabat2 baginda. Kaabah di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Nak diceritakan betapa saaayyyaaaaanngg nya mereka kepada Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail,xterkata lah. Di Mekah itulah mereka membesar, di situlah mereka berjuang mempertahankan aqidah yang dibawa Rasulullah SAW. Bermakna sungguh Kaabah yang menjadi kiblat mereka,tiba2  Allah memerintahkan untuk berkiblatkan Masjidil Aqsa di Palestin yang menjadi tempat suci bagi kaum Yahudi. Maka cercaan lah yang diterima. Berat sgt kan?  Dan Allah highlight lagi di situ bahawa orang yang patuh akan perintah Allah adalah yang diberi petunjuk , dan Allah tidak mempersiakan iman mereka kerana Dialah yang paaaaling pengasih lagi penyayang.
Ayat ini untuk menguji siapa yang benar2 beriman dengan Allah dan akur akan perintahnya. Untuk menguji bagaimana mereka menghadapi perubahan yang terjadi ke atas diri mereka. Saya tahu ayat ini,tapi kenapa? Kenapa reaksi saya sungguh tak cool bila menerima ,berita seumpama ini? Menggelabah xtentu hala tujuan. Lebih tidak cool lagi apabila menerima berita tentang tempat yang akan saya pergi dan tarikhnya. Sampai ke tahap menyalahkan manusia,kononnya segala perkara ini tidak akan terjadi kalau bukan kerana kelemahan manusia. Astaghfirullah3x..mengapa aku begini? Terlalu mengikut perasaan? Mungkin juga zahirnya respon yang ditunjukkan positif,tetapi batinnya,berkecamuk hati,perut dan fikiran. Harusnya,saya meletakkan pergantungan kepada Allah semata. Lupakah, ayat 3 surah al-Ahzab

"dan bertawakallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai pemelihara"

uhuk2,tersedak,tersedar setelah diberi peringatan oleh my first murabbi ,ukht AA which is also my first love sis(my current murabbi,I love u 2)..
Menangis,bukan kerana perubahan yang harus dilalui tapi mengenangkan betapa saya gagal melalui ujian yang Allah berikan. Saya sedar,betul belaka kata2 murabbi tercinta ukht LL bahawa kita akan diuji pada titik kelemahan kita. Diuji dan diuji lagi. Sampai kita benar2 kebal dan menjadi kuat dalam mengatasi titik kelemahan itu. Saya akan diuji lagi nanti sehingga saya benar2 berlapang dada dan redha menerima apa sahaja yang ditentukan meskipun tidak berkenan di hati sendiri,kerana hakikatnya hanya Pencipta yang tahu mana yang terbaik untuk hambaNya.
Ya, hikmahnya pasti ada. Dan saya fikir,Allah mahu saya mempersiapkan diri supaya lebih kuat, membersihkan niat. Kerana pemergian ke sana bukan semata2 untuk bergembira,memenuhi keinginan untuk belajar di luar negara,dan sebagainya. Tetapi,ada agenda yang lebih besar,yakni menyirami bumi maududi dengan Islam. Mari,mari kita muhasabah diri kita akhawat2ku sayang. Kerana hati kita lebih cepat berbolak-balik daripada air yang menggelegak. Teringat kisah nabi Musa as,bagaimana Allah mendidik dirinya. Nabi Musa sendiri mempunyai kelemahan, contohnya baginda pernah menumbuk seseorang sehingga mati kerana bertelagah. Dan hampir membunuh seorang lagi pada esok harinya,tetapi niatnya dibatalkan kerana kata2 lelaki tersebut. Baginda juga ragu2 semasa Allah memerintahkan untuk melemparkan tongkatnya yang akan bertukar menjadi ular.*sila rujuk surah al_Qasas* Semua peristiwa itu meningkatkan diri nabi Musa, sehinggalah ketika melarikan diri ke Laut Merah ,baginda tanpa ragu2  dan yakin bahawa Allah akan menyelamatkan mereka. Kalau kita ini,sanggupkah melalui laut yang terbelah itu?

Astaghfirullah. Saya selalu membayangkan, di akhirat nanti, sudikah Rasulullah mengaku saya ini sebagai umatnya? Sudikah baginda memandang wajah saya, lalu tersenyum kerana menyambung perjuangan baginda? Saya suka amat lagu nyanyian Maher Zain, The Chosen One. Kata2 yang paling menyentuh perasaan ialah “ I hope that day I see you smile,when you see me” (T________T  )  pernah saya terlihat seketul,er rasanya berketul2 tahi lembu. Sanggupkah kita mencalit sedikit tahi itu ke muka? Sanggup??? Saya sendiri mungkin ;-( apa pula agaknya reaksi kita tiba2 seseorang mencalit tahi itu dan melumur ke pipi kita yang gebu?? Bayangkan pula,Rasulullah diletakkan tahi unta di tengkuk semasa sedang bersujud. Baginda terlalu sedih sehingga tidak bangun2  dari sujud itu, tidak pula kecewa untuk meneruskan dakwah. Aduhai,diri. Apalah sangat ujianmu ini berbanding baginda,sedikit pun sudah melenting,ada hati mahukan senyuman dari Rasulullah T___T
   er,jgnlah buat2 terkejut pula kalau terjumpa kes2 sebegini di india. mungkin juga droppings nye (-__-")


Dari saat saya menaip ini,tinggal berbaki 4 hari untuk melangkah ke alam baru,tempat baru. Moga cekelat2 semua selamat tiba di medan masing2. Sedih terpaksa berpisah,tapi perpisahan kita perpisahan jasad,bukan ruh2 kita. =) kepada yang masih menanti keputusan,saya doakan yang terbaik. Cekelat3,saya share peristiwa ini bukan sekadar untuk mengisi masa lapang,tetapi untuk diambil ibrahnya. Jangan ulangi seperti diri ini. Saya yakin,pembaca2 sekalian memang cool dan tenang menerima ketentuanNya.

2 comments:

NA said...

Bismillah..

cik Vanvo:) Sedih bila buat silap tak apa, kerana itu muhasabah yang memperbaiki kelemahan diri.

Cuma jangan down lama-lama atas kelemahan, nanti syaitonirrojim buat kita jadi bertambah lemah.

Uhibbuki fillah Vanvochelle:) Semoga Allah memberkati tiap langkahmu.

:)

Akhawat Muharikah said...

jzkk cik athina! anda juga insyaAllah,smoga Allah memberkati kita suma

-vanvo-