17 July, 2011

Muhasabah Cik KissMe-

Bismillahirrahmanirrahim.

Oh saya kurang faham kenapa tepat jam 4 pagi hari ni statistik untuk 'blog viewed' bagi semanis cekelat dan blog saya sangat tinggi. Hairan jugak la.. Apekah yang telah terjadi pada waktu tersebut? hu, just curious.

Semalam dan awal pagi ni saya agak down T____T. Kerana memikirkan nasib diri yang makin menurun semangat untuk bemujahadah. Lagi saya fikirkan, lagi rasa nak longlai.. aduh. Ini semua hasil daripada sesi muhasabah petang semalam -___-'

Saya buat sedikit timeline. Daripada tarikh 13 jun hingga semalam 16 july, saya telah menyenaraikan segala aktiviti yang saya kira agak tarbawi dan bermanfaat yang telah berjaya saya kerjakan. Sungguh, saya telah mula menyenaraikannya dengan perasaan yang berbunga-bunga dan bersemangat, hinggalah bila tangan saya berhenti dengan terpaksa kerana sudah tiada apa lagi untuk ditulis.

Hey cik  KM, aktiviti melawat zoo takde ke?

Astaghfirullah, Tuhan saja yang tahu berapa pendeknya senarai tersebut hinggakan saya menjadi terlalu 'desperate' lalu memasukkan aktiviti menghabiskan 3 buku novel ke dalam senarai 'aktiviti bermanfaat dan tarbawi' tersebut! -____-"
Ehem, kerana saya rasa 2 daripada 3 novel itu mempunyai unsur 'tarbawi' yang menambah iman.. hu insyaAllah.

Kemudian saya senaraikan pula target2 yang ingin dicapai hingga menjelang tarikh result A level diumumkan. Wah:D seronok menyenarai namun bila mula nak mengerjakannya, kembali longlaiii... Saya merasakan iman saya jatuh merudum. Bertambah lemah lagi bila saya banyak buang masa, melewat-lewatkan solat, kurang bermunajat... Pendek kata, saya tahu semua nilah segala tok nenek punca penyakit futur yang saya hidapi, namun saya tetap tidak bersemangat untuk memperbaikinya.

Kadang-kadang saya mula bersemangat bila saja adik-adik membalas mesej rindu saya, mengatakan betapa bestnya usrah dengan saya dulu berbanding kakak baru sekarang, hehe. (biasalah baru-baru lagi, harap kakak2 baru tidak berkecil hati, hu). Semua ni buat saya rasa sikit terhibur walaupun saya tahu bukan sebab saya mereka rasa best, semuanya adalah daripada Allah s.w.t. Oleh itu, saya berasa malu dengan kelemahan yang saya hadapi ini, kerana diri saya tidak seperti yang orang bayangkan. Er, atau at least seperti yang adik-adik usrah saya bayangkan.

Baiklah.

Pengumuman buat suku sakat syaitonirrojim yang bermaharajalela sejak fasa kejatuhan iman saya, saya sudah memikirkan masalah ini dengan serius. Jadi sebelum anda dipenjarakan pada tanggal 1 Ramadhan, saya ingin mengerjakan kamu semua cukup-cukup dengan izin Allah S.W.T. Grrr...

Masa depan yang cerah buat iman cik KM tetap ada, insyaAllah.
Ya, Allah.. bantuin aku..!
Eh, kenapa rasa bersemangat tiba-tiba ni..? hehe. That is why i like to blog when i'm down, because i'll see my weaknesses straightforward and gain courage to fix it. InsyaAllah... :)

KissMe

2 comments:

faiezz said...

jazakillah miss kissme~
sy tersepak dgn karanganmu~~
jazakillah ingtkn...

Anonymous said...

waiyyaki:)

ingatan untuk diri sendiri juga :)

KissMe