26 August, 2011

Amal Impak Maksima~!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Saya ingin berkongsi pengisian program bersama ustaz JabatTangan tempoh hari kerana arakian tersangatlah ramai yang tidak dapat hadir pada sesi tersebut. Rasa rugi pula memeram pengisian tersebut hingga tak lama lagi ianya pasti akan berkarat kerana terdedah dengan mood 'rendah' saya sejak kebelakangan ini.. Allah.


hu

Amal Islami yang Muntij!

Amal islami ialah kerja-kerja islam manakala muntij! ialah impak maksima.

Satu perkara yang kita harus sedar dan faham ialah diri kita ini sangat kecil dan kerdil. Oh, kudrat kita sangat terbatas. Alangkah sedih jika kita bekerja untuk islam siang dan malam tetapi tidak mendapatkan impak maksima, hanya penat dan sijil penghargaan diterima. Hu. Pernah melalui pengalaman sebegini? Jika pernah, sudah tiba masanya kita berhenti buat benda-benda sebegini T____T.

Ya sesungguhnya Allah tidak akan menilai hasil, tetapi yang dikira ialah usaha kita. Namun adalah perlu seorang dai'e itu berstrategi dalam pekerjaannya, dan berusaha untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti dengan kudrat yang mampu dicurahkan atau akhirnya kita akan penat tanpa dapat menambahkan bilangan individu muslim berkualiti di dalam masyarakat.

Satu perkara yang kita kena clear juga ialah kemahuan kita dalam nak mengerjakan syahadatul haq ini, oh ini penting supaya kita tidak dikaburi dengan matlamat-matlamat lain lantas berusaha mencari jalan terbaik untuk mengerjakannya.

Untuk survive dalam keadaan sukar dan menjerihkan sebagai seorang muharikah, kita harus menjadi seperti seorang pekerja swasta. Oh pekerja swasta jauh bezanya dengan pekerja kerajaan. Ayah saya telah mengabdikan diri pada syarikat swasta bertahun-tahun lamanya hingga lumat, terbakar dan hangus! Ini kerana bekerja di syarikat swasta memerlukan kita untuk berdiri di kaki sendiri, berkebolehan untuk bergerak tanpa arahan, dan pengawasan.

standing up with strength from the inside!

Jika tidak, anda akan dibuang kerja secara percuma tanpa majikan berasa kesal sedikitpun!

Contoh terbaik ialah Abu Dzar Al Ghifari. Beliau survive di kampungnya dan berhasil mengislamkan sekampung walaupun hanya seorang diri. Hanya kerana kefahamannya, beliau mampu menggerakkan diri.

Antara bahagian amal islami ialah Syi'ari dan Tarkizi bina'i.

1. Syi'ari:

ini ialah amal islami yang sangat mengujakan dan meletup di luaran. Syi'ari ialah amal yang nampak dan terpamer gah namun hanya seperti belon yang besar. Di dalamnya hanya ada angin yang ringan. Misalnya, masjid yang besar.

Seperti kata ustaz JabatTangan, masjid besi dan masjid putrajaya saiznya besar. Di putrajaya pula tidaklah terlalu ramai penduduknya. Jadi ianya bagus dalam menghebatkan syiar di mana islam kelihatan gah dan hebat, namun kebaikannya tidak memadai dengan segala usaha dan jerit perih yang terpaksa dicurahkan untuk membina masjid tersebut. Karnival kite di kolej dulu pun sebahagian daripada syi'ari ni.. Kita tak mampu memuntijkan amal islami kita dengan memfokuskan diri pada amal syi'ari semata-mata.

2.Tarkizi Bina'i:

Tarkizi ialah fokus manakala Bina'i ialah membina. Dengan melaksanakan Tarkizi Bina'i, kita mampu menghasilkan tentera-tentera yang faham dan mampu bekerja untuk islam. Kita fokus pada target mad'u kita, dan kita bekerja dengan konsep membina. Dengan karnival, masjid besar dan sebagainya, kita akan mendapat keterujaan namun itu tidaklah cukup. Antara kerja-kerja yang membina ialah seperti sesi bakar membakar, mukhayyam dan bulatan gembira. Jika kita fokus dalam mengerjakan ini, hasilnya akan lebih menonjol dan muntij.

Bersambung insyaAllah di lain hari....:)

No comments: