06 September, 2011

Ehsan...:' )

Bismillah..

Salah satu bahagian bersama ustaz Jabattangan tempoh hari yang menyentuh hati saya ialah mengenai ehsan. 

Islam, iman, ehsan.. Ingat lagi? 

Ehsan akan mendorong rasa kehadiran Allah di sisi kita, Allah yang sangat dekat. Ehsan itu ialah pembaikan atau mencantikkan. Jika di dalam ibadah kita merasa kehadiranNya, Allah melihat kita atau kita melihat Allah s.w.t.. Kita akan melakukannya dengan cantik dan sempurna.


Dulu setiap kali terfikir mengenai ehsan, saya selalu membayangkan ehsan itu di solat. Kerana di dalam solat, kita sedang berhubungan dengan Allah. Namun kini saya sedar, ehsan lebih luas daripada itu. 


Jika tiap langkah kita ialah kerana Allah, tiap langkah itu ialah ibadah yang perlu dicantikkan kerana Allah melihat semuanya. Kerana itu, setiap perkara kena lakukan yang terbaik. Cantik itu pula bukan pada berapa banyaknya kita buat, tetapi cantik itu ialah yang bersih dan ikhlas..


Sejak kebelakangan ini, saya telah melalui macam-macam perkara yang banyak mengajar erti sabar, syukur dan ikhlas. Dan saya juga sedar bahawa diri ini terlalu banyak kekerdilan dan khilafnya. Jalan di hadapan masih jauh dan  tentunya tidak mudah, masih banyak cubaan dan dugaan menanti. 

Dengan merasakan ehsan di dalam tiap ibadah kita, kita akan merasa betapa Allah itu dekat, insyaAllah.



Buat muharikah, salam rindu buat semua.. Moga tak kira di mana pun kita berada, iman di dalam hati itu masih segar untuk memujuk. Andainya terasa diri terlalu perlahan dan lemah, mulakanlah dari awal hingga bertemu titik keikhlasan.. 

Kerana selama mana pun kita berada di dalam tarbiyyah, itu tidak memberi banyak erti. Semangat dan ukhuwah yang kita dapat sewaktu ditajmi' dulu mungkin tidak relevan lagi untuk menggerakkan kita kerana semakin lama kita berada di jalan ini, semakin banyak jalan yang kita lalui dan di setiapnya keimanan dan keikhlasan harus disegarkan.

Sekadar refleksi peribadi saya, insyaAllah.. :)

3 comments:

faiezz said...

tina!!!!!!!
jazakillah...sayang tina~~

NA said...

waiyyaki.. sayang atin juga ^_^

CP said...

wah2! baru perasan la entry nih! dan terperasan jugak lah nama ustaz jabattangan.=)