Alhamdulillah:) salam Ramadhan bulan barakah.
Saya merasakan bahawa episod cuti ini penuh dengan misteri dan rahsia. Misteri kerana saya tertanya-tanya apakah yang terjadi pada semua orang di rumah sepanjang cuti ini. hmm?
Jika ditanya keadaan saya, ketahuilah bahawa di saat ini saya ingin sekali mengangkat adik saya tinggi-tinggi dan membiarkannya menjerit ketakutan sebelum saya menyumbatnya ke dalam sangkar arnab di luar sana. Saya malah pernah mencadangkan pada emak saya supaya mengambil cebisan kulit durian, kemudian diikatkan di hujung rotan dan digunakan untuk mengatok kepala adik saya yang terlalu degil. Lihatlah betapa kejinya peranan saya di rumah ini.. hehe
haiyak!! |
Anak encik Abbas ini mempunyai sejarah membelanja saya makan yang sangat banyak, segala macam makanan semua telah saya nikmati dengan bahagianya daripada nasi kerabu pasar malam, nasi goreng dan aiskrim gergasi di ice room, ikan keli cili api, dan ya ikan bakar beserta sotong dan kerang tempoh hari. Saya sedikit teragak untuk makan makanan laut kerana pernah mempunyai sejarah alahan namun syukur alhamdulillah, saya merasakan fasa pengawalan diet dan ubat yang saya pernah ambil dulu telah menunjukkan toleransinya yang berkesan, hingga berkilo2 udang dan kerang bukan lagi satu ancaman. Terima kasih ya Allah!
Dan kami tidaklah makan berdua, mujurlah. Kerana saya boleh pengsan lama-lama disoal selidik seperti seorang suspek yang sedang disiasat oleh encik sarjan, hoho. Bukan susah pun soalan-soalannya namun kerana sudah berkarat dengan benda-benda jahillagha di rumah sekian lamanya saya hampir lupa segalanya.. masyaAllah. Entah mane saya letak pengisian ustaz angkasawan lewat daurah intensif tempoh hari di dalam sepahan cerebrum saya ni. huhu.
Ya, kami disertai oleh tiga orang lagi ukhti yang qawiy lagi kebabom! tidak beberapa lama kemudian. Mendengarkan salah seorang daripada mereka memanggil anak encik Abbas dengan panggilan 'kau' dan menggelar dirinya 'aku' telah membuat saya kaget. Telan air liur. Akak super saiya mana pula nih, hoho. Faham ke maksud saya? :P
golongan super saiya sebenarnya berada di mana-mana. hoho |
Makan-makan yang berlangsung tanpa saya sedari telah bertukar menjadi persidangan agung yang merancakkan lagi proses pemakanan saya, hehe. Seolah-olah saya sedang makan bersama ahli bursa saham Malaysia yang membicarakan mengenai kejatuhan indeks komposit segala bagai di mana saya tidak begitu faham akan segala istilah yang digunakan. Kadang-kadang saya faham je namun tiada sebab yang khusus untuk menyampuk lantas saya makan lebih banyak daripada bercakap, he. Yang pasti jika emak saya berada di situ pasti beliau akan segera mengheret saya pulang sebelum saya tercemar dengan segala unsur ekstrem yang difikirkan beliau. huhuh.
Oh inilah qodoya. Saya yang berasap-asapan di situ kerana berapinya mereka, hehe.
Apapun, saya bersyukur kerana pertemuan ini sedikit sebanyak menyalakan lilin tarbiyyah yang sedikit malap dalam diri saya yang sangat lemah ini. Ya, saya terlalu lemah hingga saya terpaksa mengheret diri saya sendiri untuk membangkitkan semangat itu semula.
Saya telah bertanya sesuatu pada malam tersebut, mengambil peluang dengan kehadiran super2 saiya yang ada huhu. Pastinya jawapan yang bakal diberikan lebih menyedapkan daripada saya bertanya pada ibu dan bapa saya tentunya! (hu saya rasalah) Entah kenapa saya terdetik untuk bertanya. Macam mana jika saya tidak lepas cut off point....? gulp. Terkedu dengan soalan sendiri.
Maaf saya bukan pesimis, tetapi saya tak mahu down yang melampau kerana tidak bersedia. Saya tak mahu kekal diam kerana kecewa yang teramat. Kerana sebagai manusia, saya pasti akan terusik dengan kegagalan. Tidak boleh tidak saya terpaksa mengakui kelemahan diri yang satu ini.
Hu, jawapannya memang penuh semangat berapi. Pendek kata, hidup kita ini pengaturnya ialah Allah. Lihatlah Allah dalam konteks kecintaan yang sebenar-benarnya, jangan berburuk sangka. Ini ialah bahagian yang pertama-tama sekali iaitu penerimaan diri. Kemudian penerimaan keluarga. Ya Allah. Kemudian lihat arah tuju tarbiyyah kita. Kerana itulah tarbiyyah diri sangat penting, kerana hanya itulah jaminan keterikatan kita di jalan ini, insyaAllah. Ya Allah, moga diizinkan aku untuk terus tsabat. Dengan izinMu, permudahkanlah segala urusan kami.. amin ya rabbal alamin..
KissMe-
6 comments:
salam cik kissme.. :) hehe.. Bila bca p0st ni, tetibe rasa mcm bca p0st2 dari inche gabbana.. *btul ke camni eja dye? ^^
Kalu cik kissme rasa mcm tu.. Sy y da lama x diisi 0leh mknn2 r0hani ni pun apatah lagi..huu.. Sy tersangatlah rindu utk duduk dlm bulatan gembira tu n_n
oh? haha. maybe sebab istilah super saiya tu hehehe- sgt suka terms tu :P
hu, tak ape, lepas ni akan duduk dlm bulatan yang baru, di tempat baru :)
KissMe-
cik kissme~
salam rindu..muah2!!
ttbe sy rse sgt2 rindu nk berbulatan gembira duduk bertentang mata,bersentuh lutut...
waa!!!!sy rindu....
cik kissme~
salam rindu..muah2!!
ttbe sy rse sgt2 rindu nk berbulatan gembira duduk bertentang mata,bersentuh lutut...
waa!!!!sy rindu....
salam.
pergh, dapat jumpa super saiyaaaa! mesti aura mereka terasa dari jauhnya berkilometer lagi. hehehe. mashallah.
taklepas cut off point? BIG GULP.
p/s : kissme, saya sedang membedah Bila Allah Menduga Kita!
Hu atin, saya juga sangat rindukan bulatan kite... T___T
Entah bile lagi dapat kumpul kesemuanya..
Yana, hu demam result. Rasa risau juga, dan itu antara sebab kte sikit lega pada 11hb tersebut kite tak akan berada di rumah insyaAllah.. hu
KissMe-
Post a Comment