Waah... lama sungguh tak conteng di sini..hu.
Rasa bersalah pun ada.
Dan ya, ahamdulillah saya rasa gembira hari ini:) Walaupun hanya semalam di Port Dickson, pada saya ianya membawa erti yang sangat bermakna.
Dan kini surah Ar-Rum mendapat tempat yang sangat istimewa di hati saya (^_^)
Sebenarnya bukan 'kini' sepatutnya..hu. Sebenarnya surah Ar-Rum ini istimewa sejak saya form 4 lagi. Bila saya ingat2 balik, form 4 sebenarnya tahun yang sangat signifikan buat saya kerana saya itu seolah menjadi tahun pertama penghijrahan saya.
Tiap manusia itu punya masa silam yang sendiri saja tahu bagaimana rupanya. Saya sendiri, aduh.. bukannya saya sejahat kanak-kanak nakal..he, tapi pada saya diri saya dulu sangat kosong. Saya banyak buat kerja2 pemberontakan jiwa dan emosi. Saya tak pandai nak faham apa itu moral dan yang paling signifikan, saya tidak memahami agama, tidak kenal Al-Quran. Saya malah tidak tahu, dan sedar apa Al-Quran itu sebenarnya sekalipun sayalah champion dalam bab mengaji dan khatam Al-Quran antara adik-beradik saya..
Di Kedah, kami tak kenal sekolah agama yang budak2 baik pergi waktu petang. Tak tahulah kalau tempat lain di Kedah ada, namun yang pastinya tiada di Sungai Petani. Apapun. ibu bapa saya ni baik, insist nak hantar kami pergi kem ibadat, kelas2 fardhu ain waktu cuti sekolah..Alhamdulillah.
Saya memang rebel selalu bab2 ni..hehe. Tapi sebagai kanak-kanak yang tak mampu melawan perintah, pergi saja. Malah saya pernah dihantar ke kelas private untuk belajar bahasa arab, dan atas kenakalan saya, cuma bertahan kejap je.. he~
Jadi, berbalik pada Ar-Rum tadi, itulah dia surah yang saya bersyukur ditemukan sewaktu saya berada dalam keadaan tak stabil, down, dan lemah. Tak melampau kalau saya katakan bahawa itulah saat-saat saya jatuh cinta pada tafsir atau terjemahan Al-Quran. Hanya satu ayat saja waktu tu.. satu saja.. iaitu ayat terakhir (ke 60). Itulah ayat yang berbunyi:
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad). Sesungguhnya janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah itu) menggelisahkan engkau."
Saya tak ingat situasinya kenapa dan apa yang buat saya tersentuh dengan ayat ini. Saya cuma dapat merasakan emosinya sahaja..hu. Dan ini adalah titik permulaan saya mengenali Al-Quran dan permulaan perubahan saya yang walaupun agak lewat, namun saya bersyukur masih belum terlambat.
Dan semalam, bila kami mentadabbur surah Ar-Rum ini secara keseluruhan, masyaAllah, sungguh surah ini sangat istimewa daripada ayat pertama hinggalah yang terakhir. Alhamdulillah sangat2. Terima kasih buat sister2 especially kak Yana yang telah manjadikan jaulah kali ini sangat istimewa buat saya:)
Dan yay, dapat main laut puas2. Walaupun baru-baru ni ke laut juga iaitu di Bagan Lalang, saya tak berpeluang main laut macam ni, kerana adanya classmates lelaki. Dari sini saya sedar bahawa antara sebab kenapa fikrah kita perlu sangat dibentuk ialah supaya kita mampu membawa islam tiap detik yang kita lalui. Andai nak takrifkan ini salah satu pengorbanan jiwa, ya..bolehlah. Korbanlah jiwa, tak apa. Gian macam mana pun nak main2 laut, lupakan saja andai tidak sesuai. Allah itu maha Penyayang, Dia akan menggantikannya dengan yang lebih best lagi..insyaAllah:) like PD huh..hehe..Alhamdulillah:)
Akhir kata, salam kasih dan cinta saya buat semua akhawat (^_^)
ukhuwah fillah=)
added by: sugus
2 comments:
Ni k-own ke? Hihi. =D
-K arifah
hehe, nope:P
Post a Comment