Seorang murid duduk termenung di tepi laut, guru sufinya bertanya, “ada sesuatu yang kau fikirkan apabila melihat laut?” Dalam hati guru sufi itu mengharapkan jawapan yang mendalam daripada muridnya hasil pengajarannya selama ini. Murid itu merenung gurunya lantas berkata, “ya, wahai tuan guru. Ketika laut bergelombang seperti ini tentu harga ikan menjadi mahal!” Guru sufi menggeleng-gelengkan kepala. Rupa-rupanya sebatas itu sahaja jangkauan fikir anak muridnya.
Dalam kisah yang pertama, jelas budak kecil itu mampu melonjak fikirnya hingga mencecah zikir yang hebat. Sebaliknya, dalam cerita kedua, fikir murid tersebut amat kerdil. Dia hanya mampu melihat di sebalik yang tersurat ada yang lebih tersurat. Dia tidak “celik hati” untuk sesuatu yang \lebih tersirat dan hakikat!
Melihat dunia dan kejadian, akalnya dapat memacu hatinya untuk “melihat” alam yang lebih luas dan hebat – alam akhirat. Terasa betapa kerdilnya manusia dibandingkan Allah yang Maha pencipta. Lalu tunduk patuh kerana takutkan seksa neraka. Inilah tuntutan ayat Al Quran yang berikut:
“Mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.’” (Surah Ali ‘Imran 3: 191)
Zikir yang dimaksudkan ialah membaca secara sedar, memahami dan mengambil iktibar (mengikut Imam Ghazali membaca dengan akal dan hati) secara langsung daripada ayat-ayat “maqru’ah” (al-Quran). Manakala fikir ialah melihat, merenung dan meneliti mesej ayat “manzurah” (alam dan segala ciptaan Allah). Diberitakan ketika surah Ali ‘Imran 191 itu diturunkan, Rasulullah saw telah menangis. Ketika Sayidina Bilal bertanya, “mengapa kau menangis ya Rasulullah?” Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya. “celakalah wahai Bilal mereka yang membaca ayat ini tetapi tidak memikirkan makna dan tuntutannya.”
Lihat alam, langit, bumi, matahari, bulan, bintang, haiwan, tumbuhan dan akhirnya diri sendiri… akan mendekatkan kita kepada Allah swt. Berfikir tentang keunikan, keteraturan, ketelitian, kejituan, kelestarian dan segala yang “sempurna” tentang makhluk akan menyebabkan hati kita mampu “melihat” khalik (Pencipta). Ketika itulah hati akan berzikir, “alam ini indah, namun Penciptanya jauh lebih indah. Alam ini sempurna, Allah tentu dan pasti lebih sempurna.”
“Why deny the second creation, when the first creation is here for you to see? – Mengapa menafikan ciptaan kali kedua (akhirat) ketika penciptaan yang pertama (dunia) berada di depan mata untuk dilihat?”
Memandang dunia ini sepatutnya mengingatkan kita kepada akhirat. Allah mencipta dunia ini untuk apa? Dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan dan ke mana kita akan pergi selepas kehidupan ini? Inilah tunjang fikir dan pasak zikir kita bila melihat dan merenung penciptaan alam.
sumber : genta-rasa.com

1 comment:
subhanallah~
Post a Comment