27 March, 2011

Jadilah awan yang membawa hujan rahmat!

Salam.

Alhamdulillah! Ada sebahagian daripada akhawat muharikah yang sudah pun berjaya menempah tiket pelepasan ke India dan mendapat placement universiti di sana. Syukur kepada Allah. Sebahagian lagi pula masih berjuang untuk kepastian itu. Ya Allah, kuatkanlah iman kami, permudahkanlah segalanya untuk kami, berikanlah yang terbaik untuk setiap seorang daripada kami. Ya Allah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Mendengar pohonan hamba-hamba-Nya. Amin.

Subhanallah, Allah telah memberikan tempat terbaik untuk dakwah dan tarbiah untuk setiap seorang daripada kita. Perancangan Allah memperlihatkan setiap orang terpisah dari segi jarak dan tempat. Semuanya dicampakkan di tempat yang berbeza dan jauh bertebaran dan itulah yang terbaik, InsyaAllah. Allah memang sangat misteri dalam perancangan-Nya! :) 

Semasa tazkirah subuh ketika mabit di Bait Humaira baru-baru ni, sharing daripada Cik Gula Kapas sangat menyentuh hati saya dan anda juga! Saya tau. hehe :) 

" Dan Allah lah yang mengirimkan angin; lalu angin itu menggerakkan awan, maka Kami arahkan awan itu ke suatu negeri yg mati (tandus) lalu dengan hujan itu Kami hidupkan bumi setelah mati (kering)..." (Fatir:9)

Mulanya saya cuma terfikirkan awan dan hujan semata-mata. Oh, ini tanda rahmat Allah untuk kita. Mengingatkan hati akan Dia dengan melihat kejadian alam. Itu saja point yang saya fikirkan waktu itu, hanya itu. Tapi, rupa-rupanya sangkaan saya jauh meleset! Haha. Saya tak bermaksud pengertian seperti apa yang saya sebut tadi salah. Tapi, hadiah (Al-Quran) daripada Allah memang sangat best dan unik :) Daripada sepotong ayat saja, macam-macam benda sebenarnya Allah nak bagitahu kita! MasyaAllah. 

kalau betul ada awan mcm ni, mesti kita akan tersenyum dan suke, kan?

Jom kita tadabbur ayat ni sama-sama (sambil mata kenyit sebelah. ahaha). 
   
Dalam situasi kita sekarang, kita hanya mampu berdoa yang terbaik dan berserah untuk dicampakkan ke mana saja di bumi India itu. Sebab, kita tidak diberi peluang memilih tempat pengajian di sana. Jadinya, kita ini ibarat awan-awan seperti yang Allah sebutkan dalam ayat di atas. Kemudiannya, takdir Allah itu adalah seperti angin yang menggerakkan kita. Kita hanya mampu akur dengan angin yang membawa kita ke tempat yang kita sendiri asing di sana. Tapi, ke mana saja angin itu meniup kita disitulah kita akan menurunkan hujan.  

Dah nampak? Okay seterusnya, awan-awan inilah yang akan menghidupkan bumi tandus itu dengan menurunkan hujan. Jadi, pokok-pokok pun mulalah tumbuh, dan hidup dengan sihatnya. Mengeluarkan oksigen dan menghasilkan buah-buahan manis serta sumber makanan kepada manusia malah haiwan-haiwan lain. Semakin bertambah la pula populasi manusia di kawasan tersebut dek kesuburan tanah di situ, lalu membangun dengan majunya.Wah! Sebuah pekan baru telah muncul!

Eh eh cop! Adakah ini yang cuba disampaikan? Haha. Takkan setakat memajukan dan memperkayakan tanah yang sebelumnya tandus itu dengan sumber air, nutrisi dan akhirnya pembukaan sebuah pekan? Hoho sudah tentu bukan! Maksud sebenar adalah (mata kenyit sekali lagi.*wink!), kita sebagai da'i dipertanggungjawabkan membawa syahadatul haq dan menyampaikannya walau ke mana saja kita dicampakkan Allah. Biar kemana pun tempat asing yang kita pergi, sampaikanlah berita-berita baik daripada Allah kepada hamba Allah lain yang berada di situ. Mungkin tempat itu mulanya ketandusan Islam, maka kitalah yang akan menyiram hati-hati di situ dengan Islam yang sebenar-benarnya. 

Ingat lagi Surah Al-Adiyat? (klik : sini) Jadilah kita seperti kuda perang yang lariannya kencang hinggakan terengah-engah. Kehadiran dan serbuannya di mana saja akan menerbangkan debu-debu. Langkahnya sentiasa teguh pada apa jua bentuk muka bumi sekalipun. Moga kita dapat memberikan sehabis baik kurniaan Allah untuk jalan dakwah dan tarbiah ini. Jadikan kehadiran kita terkesan dan dirasai di mana saja kita berada. Hanya untuk Allah semata-mata, dan moga Allah melihat usaha kita yang tak sebesar mana ini. InsyaAllah.

Wahai awan-awan sekalian. Bergeraklah kamu ditiup angin. Walau ke mana saja angin membawamu, bersedialah untuk menyiram dan menyuburkan. Allahuakbar.

Teruskan berusaha, muharikah sekalian! InsyaAllah. Satu perkongsian yang tidak seberapa daripada saya. Moga ada manfaatnya.

Wallahua'lam.

Fi mardhatillah.

chupachups

1 comment:

Akhawat Muharikah said...

jazakillah khoir cik yang mengeshare...

hoho, best sgt2...

i'Allah same2 la kite menjadi awan yang menaburkan hujan itu walau ke mana pon kite diterbangkan angin...

jika ditakdirkan awan tu terbang dalam malaysia pon, kite curah lah air kat malaysia nih supaya bartambah2 lah suburnya bumi malaysia...

itula yang terbaik yang Allah da tetapkan untuk kite...

=)