22 June, 2012

Assalammualaikum :)

MashaAllah. Lama sungguh blog ini tidak dihapdet, sunyi V_V

Hati yang rindu membawa saya ke sini. Ngaaaa sepinya rasa, perasaannya macam masuk rumah yang lama sudah ditinggalkan. Malah tatkala saya menulis ini pun perasaannya seperti bercakap seorang diri dan bergema kerana kekosongannya daripada penghuni. Hewhew, konon nak puitis :P

Tapi ini bukanlah perkara buruk, kerana ini maknanya Muharikah sekalian lebih banyak tumpuan yang diberi untuk menyuburkan tempat masing-masing dengan baja-baja Islam, dakwah dan tarbiyyah. Masih ingat kisah awan? Alhamdulillah! ^^

Sebahagian daripada muharikah yang sentiasa di hati :-*

Okay, kali ni saya nak share sesuatu. Dah lama tau tak share dengan semua orang macam dulu-dulu. Boleh duduk dalam bulatan besar penuh satu ruang tamu lepas tu ada makanan sedap, kerepek dan gula gula bagai! HEHE. Tak lupa juga sangat seronok kalau ada trifle, tak pun makaroni goreng ada sausage lagi gitu. Eh? okay cukup disini. Kejap, last :P Tak lupa juga seronoknya ada bahu-bahu disebelah yang boleh dilentokkan kepala tatkala sedih, gembira, mahupun mengantuk. Maksudnya, duduk bertemu lutut ke lutut semua orang alahai rindunya!


Back to main point. Saya nak share ni, agak panjang. Rajin-rajinkan membaca sampai habis :P ehe.

Sejak tinggal di negara orang ni, yang obviously Islam bukanlah majoriti seperti di Malaysia macam-macam pengalaman yang kita semua dah dapatkan? InshaAllah. Saya yakin semua orang ada banyak cerita tentang tempat masing-masing :)

India. Negara yang berpopulasi tinggi dan kadar kemiskinannya pun agak lebih kurang sama tinggi TT_TT Dalam melalui hari-hari disini, banyak orang saya jumpa. Lagi-lagi yang susah, miskin, bekerja berat dan ada yang mengemis. Sebenarnya duduk sini kann, hari hari boleh menitis air mata tengok kepayahan mereka, cuma sekarang mungkin dah agak immune cuma hati je koyak rabak. Lagi-lagi kalau anak-anak kecil yang hidup susah, ya Allah, sayunya.

Angkat beg yang setiap satunya seberat 20kg, demi sesuap nasi.  

Alhamdulillah, bila nampak mereka ni lebih banyaklah bermuhasabah diri dan sebenarnya satu peluang untuk bersedekah, dan membantu orang-orang susah. Peluang berbuat pahala yang sentiasa terbuka luas disini. Cuma mahu tak mahu saja.

Teringat lagi, melihat anak-anak kecil tak berselipar dan comot beli aiskrim di food court. Tahu tak betapa mahalnya riak wajah mereka? Hehe. Dapat makan aiskrim, yang hanya berharga Rs15. Tapi, Rs15 itu sangat besar nilainya untuk mereka kerana susah payah mereka nak dapatkan wang.

Ada lagi, seorang akhawat disini pernah share. Masa di hospital, kakak ni nampak sekumpulan orang-orang tua yang sangat teruja menimbang berat badan mereka. Gembiranya pakcik makcik tu dapat tengok berat badan sendiri :) hehe. Ye lah, agaknya berapa kali saja mereka dapat menimbang berat badan sendiri sepanjang mereka hidup!

Tapi,

setiap kali saya melihat mereka perasaan saya bercampur baur. Ya, kita boleh bantu mereka. Kita boleh sedekahkan wang kita untuk mereka. Nak aiskrim? Ya saya mampu beri. Nak penimbang berat badan? Saya mampu beri! InshaAllah. Tapi, bukan itu yang saya mahu berikan. Kerana saya tak puas. Mahupun, saya memberikan aiskrim kepada anak-anak itu hari-hari, ataupun penimbang berat badan kepada setiap orang tua tersebut. Saya tak puas! Argh! Emo tak? :P

Sebabnya, saya mahukan berikan sesuatu yang lebih daripada itu. Sesuatu yang saya dan akhawat semua pun miliki, yang sangat mahal harganya :') Iaitu,

ISLAM.

Tiap kali melihat wajah-wajah yang bekerja keras itu, yang payah hidupnya itu, hati saya sayu. Ya Allah, kurniakan Islam bagi mereka :'(

Tetapi, hanya doa dalam hati. Kerana, saya tidak mampu. *Air mata bercucuran lajuuuuuuu*

Begitulah pentingnya usaha kita untuk menegakkan Islam sebagai ustaziatul alam. Agar kefahaman Islam itu sampai di setiap jiwa-jiwa yang hidup di atas muka bumi ini. Supaya, tiada hujah lagi bagi mereka ke atas kita di akhirat nanti.

Mungkin, kita bukanlah golongan yang dapat menyaksikan saat Islam tertegak gah atas muka bumi. Tapi, kitalah golongan yang membuka jalan untuk kemenangan Islam itu suatu hari nanti. InshaAllah.


Sungguh, perjalanan ini jauh.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 3:200

Teruskan tsabat semua. Ganbatte! 

Doakan saya disini, akhawat :')

Sampai disini saja. Jazakumullahu khairan baca sharing saya yang tak seberapa ni. Moga ada manfaat. Rindu muharikaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh. 

BIG HUGS!


1 comment:

Akhawat Muharikah said...

Sangat rindu zaman ktt. setiap rumah ada turn nak share RS and akan ada suara2 jeritan esp suara ilan and qiki hehe. makanan mcm2, paling suka kalau humaira buat sagu :P inshaAllah, smoga hati2 kta terus besar utk jalan ini kerana jalan2 ni juga yg dilalui org2 beriman sebelum kta :) Rindu semua fillah <3