Assalammualaikum akhawat.
Saya mahu meneruskan perkongsian mengenai perjalanan saya di Seoul :)
Paling menyentuh hati saya, ketika kami berkunjung ke Masjid Seoul yang terletak di Itaewon.
Ahh Itaewon, heaven bagi muslim di Korea dan juga bagi saya hehe kerana disini sajalah tempat yang sangat mudah mencari makanan halal. Ada sekali tu, kami sanggup menaiki subway ke Itaewon dari Jamsil yang agak jauh, semata-mata lapar yang teramat! T.T Nakkan nasi dan daging, muak pula makan roti dan maggie cup setiap hari.
Okay, back to the point (kalau citer makan memang semangat ye :P ).
Sewaktu di Masjid Seoul, apa yang menarik adalah ruh di masjid itu sendiri. Kebanyakan muslim di situ adalah daripada pelbagai bangsa dan negara. Allah, cantik sungguh perasaan melihat ikatan kerana akidah ketika itu. Ada bulatan gembira juga tau! Pada apa yang saya lihat, bulatan gembira itu pendengarnya adalah non-muslim. Ini betul betul ohsem kan! :D Mereka bercakap mengenai Allah, Islam... macam berada di taman syurga saja waktu itu. Perbualan orang-orang disekeliling masjid juga menangkap perhatian saya. Mereka menyebut mengenai Allah itu satu, dan Muhammad pesuruh Allah :')
Kebetulan pula ada pernikahan sedang berlangsung sewaktu kami di sana. Ramai Muslim yang hadir membantu melancarkan majlis akad tersebut. Even student Malaysia pun ada disitu untuk membantu! Yang berkahwin pula adalah Muslimah Korean dengan Muslim American. Very the sweet masa kami berjumpa dengan pengantin perempuan tu :)
Ingat lagi, ketika mengambil wudhu' saya terserempak dengan seorang wanita. Dia berwudhu', dan kemudiannya saya perasan dia berlengan pendek, dan hanya memakai selendang jarang menutup kepala. Dalam hati saya agak bentak, kenapa auratnya tidak tertutup sempurna. Astaghfirullah. Rupanya, ketika saya nak solat wanita tadi mendekati saya dan meminta izin untuk mengikuti saya solat bersama-sama. Kenapa? Dia adalah saudara baru dalam Islam, dan solatnya ketika itu adalah solat yang kali kedua dalam sepanjang hidupnya TT____________TT
Astaghfirullah. Itulah dia. Jangan cepat bersangka buruk, dan jangan sekali menghakimi orang lain kerana boleh jadi mereka itu lebih tinggi martabatnya disisi Allah, sedangkan kita tak pernah tahu di mana kita disisi Allah. Mungkin mungkin nun jauh dibawah untuk dibandingkan dengan orang yang kita bersangka bukan-bukan dengannya. Astaghfirullah, waktu itu rasa pedih pipi saya seperti ditampar-tampar.
Apa yang menarik lagi, indahnya Islam kerana setiap kali bertemu dengan muslim yang lain sepanjang berada di sana, kami akan berbual-bual seperti sudah lama mengenali. Kami bersalaman, bergelak tawa dan berkongsi cerita masing-masing. Kalau dengan orang yang lebih tua, rasa seperti berborak dengan ibu saja perasaannya :) Dan beberapa kali juga kami menerima kejutan dengan sapaan Assalammualaikum daripada muslim yang terserempak dengan kami.
Paling terkesan sewaktu berjalan-jalan di MyeongDong. Dalam lautan manusia, sedang saya berjalan tiba-tiba saya disapa oleh satu suara yang bercakap dalam bahasa yang tidak asing bagi saya! Bahasa Melayu la kann hehee! Rupa-rupanya saya ditegur oleh seorang Muslim Indonesia, dan masih terngiang lagi suaranya. Nak tahu apa dia kata?,
"Senang sungguh dapat melihat Muslim di sini!" :')
Sungguh, waktu itu Allah saja yang tahu perasaan dalam hati ada taman saya, hehe.
Okay sekian untuk kali ini. Aseef jika terkasar bahasa. Moga ada manfaat.
Salam Aidil Adha :)

Makanan halal *mata shining shining* |

EH? Ada bulatan gembira :) |

Masjid Seoul. |
Paling terkesan sewaktu berjalan-jalan di MyeongDong. Dalam lautan manusia, sedang saya berjalan tiba-tiba saya disapa oleh satu suara yang bercakap dalam bahasa yang tidak asing bagi saya! Bahasa Melayu la kann hehee! Rupa-rupanya saya ditegur oleh seorang Muslim Indonesia, dan masih terngiang lagi suaranya. Nak tahu apa dia kata?,
"Senang sungguh dapat melihat Muslim di sini!" :')
Sungguh, waktu itu Allah saja yang tahu perasaan dalam hati ada taman saya, hehe.
Okay sekian untuk kali ini. Aseef jika terkasar bahasa. Moga ada manfaat.
Salam Aidil Adha :)
ChupaChups
Manipal, India
1 comment:
sobs..such a reminder for me indeed..
Peringatan itu berguna bagi org mukmin..;)
Jzkk cik chupa!
*van*
Post a Comment