20 October, 2012

fasiru fil ardh | Seoul

Assalammualaikum akhawat ;)

Alhamdulillah, bulan lepas Allah mengurniakan kesempatan untuk menjejakkan kaki di bumi Korea Selatan. Terlalu, terlalu banyak ibrah yang dapat dikutip sepanjang seminggu di sana.

Sepanjang berada di Seoul, menjadi tumpuan ramai sudah menjadi kebiasaan saya dan travelmate yang lain :P Kenapa? Kerana bertudung, dan perasaannya seolah-olah ada lampu spotlight mengikuti kami walau di mana jua :P

Kadangkalanya mereka seolah-olah tak pernah melihat manusia bertudung. Ada sekali tu, seorang pakcik mendekati kami dan menegur,

"Style, style?"

Dengan accent korea yang pekat, dan vocab English nya yang limited. Sambil menunjuk ke arah tudung kami dan tergelak seolah-olah berkata dalam hatinya, 'macam-macam fashion lah sekarang ni kan!' ehe.

Kami bertudung, style kan? hihi

Bukan itu sahaja, ramai juga yang melihat kami tahap dari atas kepala hingga ke hujung kaki. Baginya sungguh pelik berpakaian bertutup litup, lebih-lebih lagi di musim panas! Kalau berkaitan soal pakaian, memang macam-macam reaksi kami terima daripada masyarakat di sana :)

Namun, apa yang saya sangat kagum adalah sikap mereka. Sangat friendly! Mudah tersenyum, dan sangat sangat willing untuk membantu especially untuk kami yang buta huruf jadinya bila sampai di Korea. Walaupun mereka tidak begitu menguasai English, tapi mereka tetap nak tolong hinggakan mereka terus terusan bercakap dalam bahasa Korea dengan kami untuk menunjukkan arah. Walaupun tak faham, tapi sangat terharu dengan keihklasan mereka :')

Mereka sangat saling menghormati, dan sangat berdisiplin. Dalam subway (train), setiap coach akan ada kerusi untuk orang-orang tua. Apa yang mengagumkan, orang-orang muda takkan duduk di kerusi itu walaupun tiada orang tua dalam coach tersebut. Wahai! Peliklah kami melihatnya. Mereka lebih rela berdiri daripada duduk di kerusi tersebut. Lalu kami yang kekejangan kaki dek berjalan, duduklah dengan leganya di situ. HAHA.

Melihatkan ini, teringat akan kata-kata seorang akhi dari Jepun. Saya rasa boleh saja dikaitkan dengan Korea ni. Mereka ini sudah baik segala-galanya (dari segi disiplin dan sikap mereka etc), yang mereka perlukan hanyalah mengucap! "La ilaha illAllah, Muhammad Rasulullah".
Allahuakbar. Memang banyak pun kita lihat negara-negara yang rakyatnya majoriti bukan Islam, tetapi memiliki sifat-sifat yang dianjurkan dalam Islam :) Kalah pula kita yang kononnya negara Islam. Tsk tsk.

Nahhh, hampir semua rakyat di kota ini belum pernah mendengar dan mengenal Islam, apatah lagi Allah dalam hidup mereka. Allahuakbar. Agaknya kalau di zaman para sahabat dahulu pasti sudah lama diserbu kota ini dan akan tiada satu pintu pun yang tidak diketuk kan? T.T

Baiklah, InshaAllah akan ada sambungan lagi. Sampai di sini dulu. Moga ada manfaat.

ChupaChups
Manipal, India

5 comments:

Anonymous said...

Mcm kata2 sapa ek?

Yg psl aku di somewhere aku xlihat muslim tp nmpk islam..di somewhere else plak,aku melihat muslim tp xnampak islam..

huuuu dah lupa.

*vanvo*

chupachups said...

Kalau tidak silap,

Syeikh Muhammad Abduh :)

Anonymous said...

Salam...Ni cloud 9...eheh...cube teka sape;) windu...dh lame x kol kmu ;)

chupa chups said...

Salam.

Tentulah saya tahu, my cloud 9 hehe. Cik Nabilah Taib :)

Rindu jugak. Call la bila-bila masa saja ehe.

Anonymous said...

Hihi..bkal kol..insyAllah ;)