Bismillahirrahmanirrahim.....
Allah s.w.t berfirman..
"Aku hendak menciptakan khalifah di muka bumi.."
Al Baqarah:30
Wahai saudaraku..
Allah s.w.t tidak menurunkan Al-Quran dgn sia2..setiap ayat yg diturunkan membawa amanat Allah yang cukup besar buat kita..Cuba perhatikan ayat di atas..ayat ini memberitahumu mengapa engkau diciptakan dan apa tugasmu. Apa tujuan hidupmu di muka bumi ini dan misi besar yang harus dilaksanakan oleh setiap umat manusia..
Inilah kisah pertama yang Allah sebutkan di dalam Al Quran..yang berbicara tentang tugasmu.. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dgn 'khalifah' ini?adakah perlu menjadi seorang perdana menteri,kemudian barulah seseorang itu bergelar khalifah? Saudaraku,khalifah membawa maksud wakil.Khilafah bermaksud perwakilan.Nampak simple tetapi maknanya sangat besar.Apa ertinya?ertinya Allah mahu kita menjadi wakilnya dalam mengatur urusanNya.Seolah-olah Allah berkata kepadamu,
"Kuwakilkan mu sebuah tugas.Kerjakanlah ia,tetapi dengan caraKu dan sesuai dengan keinginanKu".
Jadi,seharusnya kita sedar bahawa kita sebenarnya kita mewakili Allah.Adakah yang lebih agung selain daripada tugas tersebut?Adakah kita dapat merasa penghormatan yang diberikan Allah untuk kita?Kita sebenarnya mewakili Allah,Sang Pengatur seluruh alam.Dimana?Di bumi. Kerana itulah dia meniupkan rohNya ke dalam dirimu.Kerana itulah Dia memerintahkan malaikat bersujud kpdmu.Kerana itu jugalah Iblis enggan bersujud kpdmu.Kerana apa?Kerana dia inginkan kedudukanmu.Ia ingin dirinya menjadi khalifah.Sekarang.apa perananmu sbg khalifah? Perananmu terbatas pd dua hal:
1)Memakmurkan bumi baik dlm sains dan teknologi yakni ilmu pengetahuan
2)Memperbaiki bumi,menyebarkan kebaikan dan menyingkirkan kezaliman
Itulah rahsia mengapa Allah menciptakan manusia.Jadi ada dua peranan,ilmu dan kebaikan.Adakah engkau melakukan dua peranan tersebut?Wahai penuntut ilmu,wahai ibu, wahai ayah,wahai pekerja,wahai kalangan biasa,wahai orang kaya..apakah engkau melaksanakan tugasmu?Itulah tugas aslimu.Lebih banyak engkau berkorban,lebih mulia kedudukanmu.Inilah rahsia penciptaanmu!Mungkin engkau akan berkata,terdapat ayat Al-Quran:
"Tidaklah Aku menciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kpdKu" (Al-Dzariyat:56)
Puncak kepada ibadah ialah mewujudkan tujuan penciptaanmu.Ingatlah,engkau tidak diciptakan hanya untuk solat dan puasa.Manusia sering membatasi ibadah kpd 2 kewajiban itu sahaja.Padahal,bukankah ilmu juga ibadah?bukankah memberi petunjuk kpd manusia juga ibadah?bukankah senyum kpd saudaramu juga ibadah?Itulah sebenarnya khalifah.Seandainya maksud 'beribadat kpdKu' adalah solat dan puasa sahaja,tentu engkau harus meninggalkan semua urusan kehidupan dan melakukan solat dan puasa sahaja siang dan malam.Ini mustahil.Solat dan puasa hanyalah berfungsi menguatkan jiwa dlm melaksanakan tugas sebagai khalifah.Engkau tidak akan kuat dalam menjalankan tugas sebagai khalifah tanpa solat dan puasa.Ini kerana keduanya merupakan makanan rohani sebagaimana jasad kita memerlukan nutrisi.
Ibadah yang pertama kali ditanya oleh Allah s.w.t ialah solat.Engkau mungkin telah melaksanakan solat,namun adakah engkau telah menunaikan tanggungjwabmu dalam kehidupan?Apakah engkau telah meyebarkan ilmu dan agama?Apakah engkau telah berbuat adil?Apakah engkau telah menebar kebaikan?Tanggungjawabmu bukan seperti tanggungjawab malaikat,gunung, dan lautan.Tanggungjawabmu istimewa.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Tidaklah kedua kaki hamba bergeser pada Hari Kiamat sebelum ditanya tentang empat hal,
1)usianya:dihabiskan untuk apa,
2)masa mudanya:dilewati dgn cara apa,
3)hartanya:dari mana diperolehi dan ke mana dikeluarkannya,
4)ilmunya:diguna untuk apa"
Wahai saudaraku,
Apakah yang kau perbuat sepanjang usiamu?Apakah yang kau lakukan saat muda?Masa muda ialah masa yang sgt penting kerana ia merupakan usia produktif.Lalu,apakah harta yang kauperoleh halal atau haram?Ilmu yang kaupelajari ,apakah kau amalkan dengan benar atau kaugunakan untuk menyombong diri di hadapan manusia?Tugas sebagai khalifah adalah penghormatan dari Allah s.w.t.Segala puji bagi Allah yang telah menjadikanmu,bukan makhluknya yang lain,sebagai khalifah di muka bumi.
Allah s.w.t telah menjamin rezekimu:
"Di langit terdapat sebab-sebab rezekimu serta apa yang dijanjikan kepadaMu"(Al-Dzariyat:22)
Jadi,janganlah khuatir akan hartamu! janganlah khuatir akan rezekimu! Janganlah khuatir akan anak-anakmu!Rezeki sudah dijamin,usia tidak akan berkurang walaupun hanya seminit.Bekerja dan berbuatlah untuk akhiratmu! Perhatikanlah hadis qudsi berikut:"Wahai manusia,Aku menciptakanmu untuk mengabdi kpdKu dan aku telah menjamin rezekimu.Kerana itu,mengabdilah kpdKu! Jika engkau meminta kpdKu,nescaya engkau menemukanKu, jika engkau menemukanKu,nescaya engkau mendapatkan segala sesuatu. Jika engkau kehilanganKu,engkau kehilangan segala sesuatu."
Wallahualam.
Posted by: Gula2 kapas =)
(Peribadi Penuh Erti-Amru Muhammad Khalid)
1 comment:
Ringkas dan padat:)
Just wonder, who is gula2 kapas..hehe~
Post a Comment